Thursday, December 9, 2010

~~KeNapA pERlu BerULanG kIsaH laLu~~


mungkin tajuk ni sedikit sebanyak telah membawa aku terpikir seketika..mengapa perlu berulang kisah lalu, kisah antara aku dan dia. cukuplah untuk aku mengatakan bahawa dia ini adalah insan yang paling istimewa buat aku , insan yang banyak embawa aku kedalam dunia perasaan aku sendiri walopun aku tau aku berada dalam dunia khayalan aku dan tak pernah berpijak atas bumi yang nyata. kesal aku dengan jalan hidup aku, bayangan dia sentiasa mengekori aku selalu...mengekori aku setiap masa sehinggakan aku tersentap dengan diri sendiri...berkhayal tentang masa ampau, masa lalu dan masa depan. khayalan ini bawa aku terbang jauh, terbang tinggi ke awan walopun hakikatnya aku dengan dunia aku tanpa diketahui sesiapa sahaja. hanya tuhan sahaja yang tahu tentang perjalanan hidup aku...kenapa yer pandangan ini sentiasa membawa aku...aku ingin bercerita pada semua...cerita cinta aku dan dia....

11 tahun lalu....
ketika ini aku baru sahaja darjah enam....aku baru sahaja mengenal erti kehiupan..erti sebuah perjalanan, maklumlah aku sangat baru dalam idup, masih mentah dengan langkah yang tak pasti. tahun yang mula menguji aku dalam UPSR...peperiksaan yang sangat penting bagi sekolah rendah walaupun pada hakikatnya peperiksaan yang kosong...tahun ni aku dlantik menjadi seorang pengawas sekolah, jawatan yang sentiasa digambarkan oleh sesiapa sahaja ketika zaman sekolah. aku mula menjadi pengawas dan mengawasi pelajar tahun 3B (kalo tak silap name kelas tu) dengan seorang kawan pompuan junior aku
yang muda setahun ngan aku. namun mata aku mula galak memerhatikan seorang gadis yang mula memikat hati aku ini...gadis yang aku angap sangat istimewa ini merupakan seorang yang ckup pandai selain sifatnya yang baik hati, lembut dan sopan santum. namanya mula disebut dikalangan member aku kerNA ramai pulak yang minat kat dia. dia tak pernah sombong ngan sesape sahaja...tu yang menjadikan dia sangat special dalam hidup aku...aku mula rapat ngan die dan mula mendekati die. ternyata die seakan memberi respon yang positif dengan aku...aku hanyut.........
tetapi perjalanan kami agak tidak lama. walopun aku tahu die mula mendekati aku tetapi masa memisahkan kami...teringat aku kali terakhir persekolahan , die memandang aku seperti ada sesuatu yang ingin dilafazkan. aku m
ula bengong dengan semua ini...pertemuan kita sampai di sini sahaja...


5 tahun lalu....
aku mula menjejak kaki ke universiti....selepas mengakhiri zaman sekolah menengah akhirnya aku diterima masuk ke universiti. entah mengapa hati aku rase sunyi sangat ketika di U...aku mula teringat akan kisah lalu, yang aku pelik kisah cinta aku pada zaman sekolah rendah...cinta monyet yang kosong tetapi sangat2 bernilai bagi aku. aku mula memikirkan sesuatu untuk mengenali dia. akhirnya aku mendapat idea untuk menghantar kad...kad yang sangat istimewa (ade tulis terima kasih kat depan kad tu kot), aku tulis name penuh aku, no tepon dan mintak die contact aku kalo die masih ingat kat aku dan ternyata selepas beberapa lame aku post, akhirnya aku dapat mesej dari seseorang....
gembira giler hati ini bile mendapat tahu bahawa die lah orang nye..tiap2 alam kita orang mesej...walopun die anggap aku sebagai kawan biase tetapi aku anggap die istimewa...sentiasa aku berbicara engan die sampai waktu subuh walopun tika tu die masih lagi bersekolah dan perlu sekolah esoknya...tetapi die yang sanggup temani aku sampai subuh...pernah aku ingin luahkan perasaan aku ini pada dia namun akhirnya aku xmampu...dan nasib baik aku tak lakukannya kerana bagi die aku hanya kawan biase sahaja dan mungkin die akan terkejut jika dapat tahu tentang semua iniii...tetapi selepas hampir berbulan bulan kami main mesej...ngat lagi aku ketika malam hari raya qurban 2005 rasenyer...aku nak hantar mesej ank wish hari raye tapi mesej aku hantar tu failed..aku tepon panggilan tu di luar kawasan...aku tak tahu kenapa..aku jadi bengong...impian aku hilang begitu sahaja....kami terputus hubungan namun hati aku aku masih keliru.....

3 tahun lalu...
melalui perkongsian laman sosial friendster, ketika tu aku masih kat praktikal diploma..ade request nak jadi member dan aku tengok ade pompuan aku tak kenali... lama aku pikir pasal pompuan iniii...akhirnya aku send message tanye sape kah die...pahtu die reply mesej aku 'tak kenal aku lagi...' aku terkejut...owh rupanya die tapi perkenalan kami tak lame dan aku cuba lupakan die kerana tidak mahu berharap lagiii....

2 minggu lepas....
N**** bt A****....tu name yang request jadi member aku kat facebook...aku bace dan terus aku ingat..owh awak....awak masih ingat saye lg yerr...tq awak..aku jd excited, aku mula tulis kat wall die..say tq sbb add jd mmber, dan time aku nak study tu die ade reply lak, aku pn reply, dalam duk reply kat wall tu die tengok aku online dan terus chat ngan aku lak....banyak gak aku duk crite ngan die, aku rindu sangat2 ngn die. sekarang die dah muncul kembali kat depan aku. aku jadi confius. pertemuan yang Tuhan aturkan ini untuk ape sebenarnya..aku tidak mahu berfikir tentang cinta tetapi hati aku tidak mahumenolak tentang semua ini..die masih cantik seperti dulu..seperti yang aku mmpikan...die jadikan aku keliru dan kenape die muncul ketika ini...Tuhan aku tidak pasti dengan jalanan hidup aku iniii....


hari ini dan mase ini aku sentiasa berkhayal tentang aku dan die...kenapa die perlu mucul ketika ini..kenapa...kenapa...

' Ya Allah kau permudah kan jalan hidup aku..sesungguhnya Kau mengetahui tentang semua kehidupan aku ini...jika telah ditakdirkan jodoh aku dan dia,aku ber syukur pada MU YA ALLAH dan Kau permudahkan jalan kehidupan kami. bukakanlah hati dia untuk menerima hati aku ini. aku tak sanggup lagi menderita dengan cinta yang tak kesampaian ini YA ALLAH. namun jika kau takdirkan hati ini bukan milik dia, kau jauhkan hubungan kami ini agar aku aku tidak hanyut dengan impian dan harapan yang tidak kesampaian ini. aku hanya insan yang lemah yang mengharapkan jalan petunjuk MU YA ALLAH. '

aku tidak tahu sampai bile semua ini akan berakhir....adakah harapan akan tinggal hanya impian....



No comments: