Thursday, December 30, 2010

post terakhir tahun ini..ByEEEE.2010...


assalamualaikum....

nampaknya hari ini dah masuk 31 disember 2010, bermakna berakhirnya tahun 2010 dan 2011 akan menjelma. sepanjang 2
010 pelbagai suka dan duka diharungi dan sudah menjadi kezaliman kita sentiasa diuji denga tawa, riang,sedih mahupun gembira dan ini semua telah banyak mematangkan kehidupan ini...

pelbagai tragedi diharungi 2010 dan akhirnya kita akan menarik nafas lega kerana akhirnya kita berjaya mengharungi 2010 dan melangkah 2011 dengan begitu...pejam celik pejam celik dah 2011 kan..dan umur ini pun nampaknya nak berganjak 1 angka lagi kan. ketika menulis post ini, jam lap top dah pukul 01:12am, 31disember 2010..lagi tak sampai 24 jam untuk melangkah 1 january 2011...soalan lazim setiap tahun

APA AZAM BARU ANDA??
ADAKAH AZAM 2010 ANDA TELAH TERCAPAI??

bagi saya azam tu penting tapi tak pernah tetapkan azam pun kerana kerana follow jer rentak kehidupan ini. kalau melalui coretan 2010, ape yang paling menarik yer??entah ler..tapi yang paling buruk rasanya keputusan mengejuk result tahun 3 sem 2 dengan GPA 2.49 dan CPA 3.00 dan subjek solid2 hanya mampu score D (pertama kali sepanjang 6 tahun amik course ni score D), memang stress sangat nak hadapi semua ini dan syukur Alhamdullillah nampaknya tahun 4 sem 1 ni macam berbaloi juga...GPA 3.11 and CPA 3.02..ok ler tu, sekurang kurangnya bangkit dari kesilpan masa silam.

sambil menulis lagu, lagu tertutup buatmu (wan hardiah) sedang mengalun di speaker ini, best sangat lagu ini...kalau tahun 2010 aku tutup pintu hati untuk bercinta, adakah 2011 ini akan merubah semuanya...harap2 akan ada insan yang bertuah akan mewarnai hidup i
ni. 2010 mahupun 2011, perjalanan masih jauh lagi. antara tarikh penting 2011 ialah

1) PROJECT AND PRESENTATION FOR FINAL YEAR PROJECT (APRIL 2011)
2) INDUSTRIAL TRAINING (MEI 2011- JULY 2011)
3) CONVOCATION DAY (OCTOBER 2011)

mungkin ini antara tarikh2 yang akan ditunggu2 ole
h kami semua...semoga apa yang dirancang akan menjadi realiti.

Monday, December 27, 2010

~~proJek SarjaNA MudA~~fiNaL YeaR pRoJecT~~~


assalamualaikum....

hari ini dah masuk 28 disember 2010, selasa...esok pagi kena masuk lab lagi..nak pergi basuh coconut coir fiber dan keringkan
dalam oven 60 degree selama 24 jam tetapi masalah lg bile oven tu penuh dah @ xade bekas nak masuk dalam oven...inilah realiti sebahagian cabaran2 yang telah ditempuh dalam menghadapi projek sarjana muda atau name glamer PSM atau bahasa lain final year project or FYP...psm ni ade 1 n 2 dan psm 2 kena masuk lab kena wat betul sbb psm 1 tu mcm kite explain kat panel ape yang kite nak wat..dan result psm1 dapat A- jer...so, psm2 kena wat betul2 tetapi nampaknya pelbagai masalah akan timbul....mold yang duk tempah kat kedai pn belum siap lg dan dah masuk 2 minggu dah ni duk tunggu mold...bajet xbalik cuti sem ni sbb nak wat psm ni awal2 tetAPI tengok nye cam tu lerrr...

antara masalah akan timbul selepas ini ialah.....

1) second fiber treatment (FIBNASIL treatment ) ni perlu guna dicumyl peroxide ttp masalahnya mnd
er ni akan sampai 3 minggu lagi...dalam tengah bulan 1 kot.
2) variable rotor mill yak nak hancurkan coir fiber pada saiz particles pulak rosak...motor akan direpair dalam hujung bulan depan siap.
3) mold xsiap lg niii..
4) fiber tu cam xcukup jerr..
5) xcukup maser jer nii...nak kena testing lg niiii....
6) xapsti lg mold tu buleh pakai tak..kalau tak mampus.......
7) dan banyak2 lggggggggg......
itulah cabaran dan rintangan ditempuhi dalam psm niiii....oh yer, psm ni tajuk die mechanical properties of semirigid polyurethane foams reinforced with coconut coir particles....harap2 my supervisor, Dr maizlinda izwana and co-super mr azham akan tulung utk pikir backup plan if anythng will be happns after ths...heheee...


Sunday, December 12, 2010

~~~bOhSaN ooo BoHsaN~~~~


bosan betul cuti..dah tak tau pulak nak wat per..jadi hari ini di pagi yang hening ni 13 disember 2010 ni upload n share pict2 ni walopun xmenarik tapi buleh jadi memory sume niii..


makan slow2..tu jgn duk gaduh pulak...nnt dapat makan sume..dnt wory mu sweet cats...
wat pertama kali duk main microscope electron..menarik gak..sebelum nii duk tngok org maen main jerr..
....ICT shah alam..sinaraan cahaya yg xhpening pn...indah khabar dari rupe...
pak tam...black n dark...tp cute beb...hitam itu menawan...
mencari ketenangan di tepi pantai..walopun xberape tenang tp tempat tu jer yg nampak cam menarik...

Thursday, December 9, 2010

~~KeNapA pERlu BerULanG kIsaH laLu~~


mungkin tajuk ni sedikit sebanyak telah membawa aku terpikir seketika..mengapa perlu berulang kisah lalu, kisah antara aku dan dia. cukuplah untuk aku mengatakan bahawa dia ini adalah insan yang paling istimewa buat aku , insan yang banyak embawa aku kedalam dunia perasaan aku sendiri walopun aku tau aku berada dalam dunia khayalan aku dan tak pernah berpijak atas bumi yang nyata. kesal aku dengan jalan hidup aku, bayangan dia sentiasa mengekori aku selalu...mengekori aku setiap masa sehinggakan aku tersentap dengan diri sendiri...berkhayal tentang masa ampau, masa lalu dan masa depan. khayalan ini bawa aku terbang jauh, terbang tinggi ke awan walopun hakikatnya aku dengan dunia aku tanpa diketahui sesiapa sahaja. hanya tuhan sahaja yang tahu tentang perjalanan hidup aku...kenapa yer pandangan ini sentiasa membawa aku...aku ingin bercerita pada semua...cerita cinta aku dan dia....

11 tahun lalu....
ketika ini aku baru sahaja darjah enam....aku baru sahaja mengenal erti kehiupan..erti sebuah perjalanan, maklumlah aku sangat baru dalam idup, masih mentah dengan langkah yang tak pasti. tahun yang mula menguji aku dalam UPSR...peperiksaan yang sangat penting bagi sekolah rendah walaupun pada hakikatnya peperiksaan yang kosong...tahun ni aku dlantik menjadi seorang pengawas sekolah, jawatan yang sentiasa digambarkan oleh sesiapa sahaja ketika zaman sekolah. aku mula menjadi pengawas dan mengawasi pelajar tahun 3B (kalo tak silap name kelas tu) dengan seorang kawan pompuan junior aku
yang muda setahun ngan aku. namun mata aku mula galak memerhatikan seorang gadis yang mula memikat hati aku ini...gadis yang aku angap sangat istimewa ini merupakan seorang yang ckup pandai selain sifatnya yang baik hati, lembut dan sopan santum. namanya mula disebut dikalangan member aku kerNA ramai pulak yang minat kat dia. dia tak pernah sombong ngan sesape sahaja...tu yang menjadikan dia sangat special dalam hidup aku...aku mula rapat ngan die dan mula mendekati die. ternyata die seakan memberi respon yang positif dengan aku...aku hanyut.........
tetapi perjalanan kami agak tidak lama. walopun aku tahu die mula mendekati aku tetapi masa memisahkan kami...teringat aku kali terakhir persekolahan , die memandang aku seperti ada sesuatu yang ingin dilafazkan. aku m
ula bengong dengan semua ini...pertemuan kita sampai di sini sahaja...


5 tahun lalu....
aku mula menjejak kaki ke universiti....selepas mengakhiri zaman sekolah menengah akhirnya aku diterima masuk ke universiti. entah mengapa hati aku rase sunyi sangat ketika di U...aku mula teringat akan kisah lalu, yang aku pelik kisah cinta aku pada zaman sekolah rendah...cinta monyet yang kosong tetapi sangat2 bernilai bagi aku. aku mula memikirkan sesuatu untuk mengenali dia. akhirnya aku mendapat idea untuk menghantar kad...kad yang sangat istimewa (ade tulis terima kasih kat depan kad tu kot), aku tulis name penuh aku, no tepon dan mintak die contact aku kalo die masih ingat kat aku dan ternyata selepas beberapa lame aku post, akhirnya aku dapat mesej dari seseorang....
gembira giler hati ini bile mendapat tahu bahawa die lah orang nye..tiap2 alam kita orang mesej...walopun die anggap aku sebagai kawan biase tetapi aku anggap die istimewa...sentiasa aku berbicara engan die sampai waktu subuh walopun tika tu die masih lagi bersekolah dan perlu sekolah esoknya...tetapi die yang sanggup temani aku sampai subuh...pernah aku ingin luahkan perasaan aku ini pada dia namun akhirnya aku xmampu...dan nasib baik aku tak lakukannya kerana bagi die aku hanya kawan biase sahaja dan mungkin die akan terkejut jika dapat tahu tentang semua iniii...tetapi selepas hampir berbulan bulan kami main mesej...ngat lagi aku ketika malam hari raya qurban 2005 rasenyer...aku nak hantar mesej ank wish hari raye tapi mesej aku hantar tu failed..aku tepon panggilan tu di luar kawasan...aku tak tahu kenapa..aku jadi bengong...impian aku hilang begitu sahaja....kami terputus hubungan namun hati aku aku masih keliru.....

3 tahun lalu...
melalui perkongsian laman sosial friendster, ketika tu aku masih kat praktikal diploma..ade request nak jadi member dan aku tengok ade pompuan aku tak kenali... lama aku pikir pasal pompuan iniii...akhirnya aku send message tanye sape kah die...pahtu die reply mesej aku 'tak kenal aku lagi...' aku terkejut...owh rupanya die tapi perkenalan kami tak lame dan aku cuba lupakan die kerana tidak mahu berharap lagiii....

2 minggu lepas....
N**** bt A****....tu name yang request jadi member aku kat facebook...aku bace dan terus aku ingat..owh awak....awak masih ingat saye lg yerr...tq awak..aku jd excited, aku mula tulis kat wall die..say tq sbb add jd mmber, dan time aku nak study tu die ade reply lak, aku pn reply, dalam duk reply kat wall tu die tengok aku online dan terus chat ngan aku lak....banyak gak aku duk crite ngan die, aku rindu sangat2 ngn die. sekarang die dah muncul kembali kat depan aku. aku jadi confius. pertemuan yang Tuhan aturkan ini untuk ape sebenarnya..aku tidak mahu berfikir tentang cinta tetapi hati aku tidak mahumenolak tentang semua ini..die masih cantik seperti dulu..seperti yang aku mmpikan...die jadikan aku keliru dan kenape die muncul ketika ini...Tuhan aku tidak pasti dengan jalanan hidup aku iniii....


hari ini dan mase ini aku sentiasa berkhayal tentang aku dan die...kenapa die perlu mucul ketika ini..kenapa...kenapa...

' Ya Allah kau permudah kan jalan hidup aku..sesungguhnya Kau mengetahui tentang semua kehidupan aku ini...jika telah ditakdirkan jodoh aku dan dia,aku ber syukur pada MU YA ALLAH dan Kau permudahkan jalan kehidupan kami. bukakanlah hati dia untuk menerima hati aku ini. aku tak sanggup lagi menderita dengan cinta yang tak kesampaian ini YA ALLAH. namun jika kau takdirkan hati ini bukan milik dia, kau jauhkan hubungan kami ini agar aku aku tidak hanyut dengan impian dan harapan yang tidak kesampaian ini. aku hanya insan yang lemah yang mengharapkan jalan petunjuk MU YA ALLAH. '

aku tidak tahu sampai bile semua ini akan berakhir....adakah harapan akan tinggal hanya impian....



Sunday, December 5, 2010

exam lagi...

exam tak habis lagiii..aku ade 1 lagi paper..'internal combustion engine'..subjek yang sangat mencabar memandangkan perlu kefahaman dalam bidang automotives, thermodynamics, chemicals, fluids and myb heat transfer. ths subjects ae theory+calculations..so calculation of crse need to memories formula...tu yang paling aku benci..xmasuk lagi schematic diagram..bnyak dan banyak2 sangat. tapi walaupun susah tapi banyak mnder jugak aku belajar, belajar pasal automotif..pyston,combustion chamber,carburetor, rich comb,lean,stoichiometric, injection, and ect...

'from zero to something' mungkin itu yang dapat digambarkan dengan subjek niii. sekurang kurangnya dah pijak course mechi ni at least aku tau ler sedikit sbnyak pasal enjin ni walopun xleh lawan pomen2 kereta kat kedai..tapi lebihnye aku sebab dpt analysis enjin jika nak bandingkan dengan pomen2 tu...heheee...

terpikir gak aku kan..sem ni ade 1 paper lg..pah tu aku langkah masuk sem 2 atau terakhir...terakhir aku kat uthm kot dan terakhir jd student, xperlu lagi turun naik bilik kuliah..tapi dah kerja lak rutin harian akan berubah..yang takutnye buleh ker aku nak kerja..jd engineer ni mnder yang agak susah..susah...n susah..mungkin kot..kekadang aku pn xpaham yang teori mudah ni lak kalo bagi mesin2 besor kat kilang tu...kalo nak sambung master pn dah ler 2 tahun pahtu perlu kos lagi..pahtu pah abis nak jadi ape lak kan..xkn phd kot...fening2 pikir mase depan niii....

harap2 kehidupan kat luar tu tak susah seperti yg aku pikirkan...harap2 camtu lerr...apepun hidup mesti diteruskan..

cerita PERUT oh PERUT...


SAKIT perut jangan diambil mudah. Mungkin ramai d

aripada kita bila sakit perut anggap ia tidak serius dan biar hilang sendiri.

Kalau berubat pun memadai dengan menyapu minyak angin atau ambil ubat gastrik.

Tetapi hakikat yang perlu disedari ialah ia mungkin sebahagian daripada petanda awal kanser perut. Ini merupakan kanser ketujuh paling lazim dialami oleh lelaki dan kesepuluh paling lazim bagi wanita di Malaysia.

Berdasarkan statistik, kes kanser perut di negara ini telah meningkat berkali ganda sejak.

Statistik 2006 oleh Institut Kanser Kebangsaan menunjukkan kaum Cina mewakili 61. 7 peratus daripada pesakit kanser perut. Ini diikuti Melayu (25.9 peratus) dan India (12.4 peratus).

Pakar Perunding Gasteorologi Hospital Pusat Kanser Kebangsaan Tokyo, Je

pun, Dr. Tekeshi Sano berkata, ramai tersalah anggap mengenai sakit perut sebagai masalah kesakitan biasa ekoran tersilap makan atau terlambat makan.

''Keadaan tersebut sekiranya dibiarkan berlarutan, ia akan memberikan kesan sehingga membawa maut,''katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Kongres Ketiga Kanser Gastroesofageal di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Dr. Sano, jika seseorang mengalami sakit perut lebih daripada dua kali seminggu secara berterusan ia kemungkinan mereka diserang kanser perut.

''Pemeriksaan awal penting untuk mengenal pasti atau mengesan kanser pada pesakit.

"Walaupun tidak ada gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser perut, namun penyakit ini boleh menyerang tanpa

sebarang tanda.

''Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan atau ujian,'' ujar be

liau.

Jelas beliau, melalui teknologi moden, kanser perut boleh dik

esan tanpa perlu membuat pembedahan dan juga cepat.

''Kanser perut ini boleh dikesan menggunakan kaedah endoskopi. Satu tiub dengan lensa video pada hujungnya yang dimasukkan ke dalam perut menerusi mulut ataupun dubur.

''Menggunakan kaedah ini, keseluruhan dinding boleh diperiksa. Contoh tisu di tempat-tempat yang disyaki akan diambil untuk menentukan kehadiran sel barah itu'.

ade kaitan ker gambar niii

Proses itu tidak menyakitkan kerana pesakit akan diberikan dos pelali terlebih dahulu.

Bagaimanapun, terdapat juga yang membuat secara terangan di mana satu alat sebesar jari kelingking akan dimasukkan melalui mulut.

Katanya, mereka yang menjalani rawatan tersebut dikenakan caj yang minimum kerana ada subsi kerajaan.

Kata Dr. Sano, sekiranya terdapat sel yang menyebabkan kanser dan masih di peringkat awal, pembedahan tidak perlu di lakukan.

''Ia boleh dikeluarkan menggunakan endoskop, bagaimanapun sekiranya berada di tahap yang serius pembedahan susulan akan dilakukan bagi mengelakkan keadaan semakin kritikal", kata beliau lagi.

Malah jangka masa untuk membuat rawatan itu juga tidak terlalu lama iaitu selama 10 hingga 20 minit.

Bagaimanapun sekiranya pesakit berada ditahap yang kritikal iaitu peringkat tiga dan empat ia mungkin sukar untuk dirawat.

''Rawatan bagi mereka ini lebih kepada radioterapi ataupun kemoterapi. Jalani pemeriksaan awal kerana ia boleh dikawal secepat mungkin," katanya.

Cara mengawal kanser perut

- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Apa yang anda makan dan cara makan amat penting. Makanlah secara sederhana, pada waktu yang ditetapkan dan makanlah dengan tenang.

- Kekalkan berat badan yang sihat. Masalah pencernaan boleh terjadi tidak kira berapa berat badan anda. Tetapi, pedih hulu hati, kembung dan sembelit lebih ketara di kalangan mereka yang terlebih berat badan.

- Senaman aerobik yang meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung juga merangsang aktiviti otot-otot usus, membantu untuk membuang sisa-sisa makanan melalui usus anda dengan lebih cepat. Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti aerobik setiap hari.

- Kawal tekanan. Tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap sakit jantung dan strok, melemahkan sistem ketahanan anda dan boleh mencetus atau memburukkan lagi masalah kulit yang dialami. Ia juga meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan sistem pencernaan.

- Disebabkan tekanan merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan bagi kebanyakan orang, cara terbaik adalah mengawalnya dengan berkesan.

- Salah satu langkah paling mudah dilakukan ialah dengan mengamalkan diet berkhasiat, dapatkan rehat secukupnya, lakukan senaman dan rehat dengan cara-cara yang menyihatkan. Jika anda bermasalah untuk berehat, anda boleh mengambil meditasi, yoga atau tai chi.- sumber utusan malaysia

Thursday, December 2, 2010

kembali beraksi

asssalamualaikum....

dah agak lama sudah tidak menjenguk blog ini...pelbagai rintangan dan halangan terpaksa aku tempuhi dalam hidup ini untuk mencapai sperti hari ini....suka dan duka terpaksa aku tempuhi dan semua ini telah banyak mematangkan hidup ini....


hari ini..aku adalah aku seperti dahulu..pejam celik pejam celik aku dah berada di tahun 4 pengajian semester 1 dan bakal melangkah ke semester 2 dalam 1 bulan ...dan pengetahuan anda semua itu adalah semester terakhir aku di universiti ini....setelah hampir 6 tahun aku akhirnya menemui titik noktah yang akan menamatkan riwayat pengajian aku di universiti...perancangan elepas ini...of course kerja kan tetapi andai takdir rezeki tak ada mungkin akan ambik master pulak..wakaaa....

sekarang adalah minggu peperiksaan akhir universiti...adoii penat betul..macam2 story dah terpaksa diharungi..exam ok ler..walopun berterabur semuanya...redha jer lerrr...ujian semua iniii...





life aku sekarang dah banyak beza...dari duk hostel dah pindah rumah sewa yang lebih kurang 2 km ari kampus..dari jalan kaki hari ini dah bawak motor..walopun banyak wat hal tetapi itu jer kan yang mampu aku...dari duk makan kat kedai sikalang ni dah masak2(tetapi sekarang ni aku diet..dah 10 hari tak makan nasi)....perjalanan semester ini terlalu memenatkan..psm1 dah berakhir dan menungu psm 2 lak..nak masuk lab wat projek memerlukan komitmen yang tinggiii...harap harap semua ini berjalan lancar..doakan yerrr

Sunday, March 14, 2010

coretan hari ni...

pangkor oh pangkor....

mesanya mereka...ade ape2 ker...

ni lg kontroversi...amik due

cik tam sesat dlm bilik..

global warming issue..mati kat tasik kering...


assalamualaikum...

sajejer ari ni rase boring ..sekarang ni dah 15 mac 2010..12.13pm..sepatutnya ade kelas control engineering bt class cncel today(myb kot but lctrer xder bg notice or msg)...so dlam boring niamik mase sikit menulis kat blog ni kat surau G3 niii..
ari ni dah masuk week 11 lecture n means that ade 3 weeks lg for ths semester...banyak perkara yang kena satel...mngu lepas baru jer abis test 2 heat transfer n rabu ni solid 2 n myb nxt week ader 3 test...lab report pn x siap lg niii...

memang dah sterss sngat dah mngu nii..rase penat ler pulakkn tiap2 ari gi kelas cam nii..kalo diikutkan hati nak ponteng jer tp petang nji ader design n myb atndance tu cnsider markah.. duit pn dah xder...tiap2 ari makan dengan berjimat cermat..roti n megi makanan ruji budak universiti dan menjadi makanan aku..apepun myb d bst step for diet session kan...

cerite pasal aku lak kan..dua tiga mngu lepas ader join biro tatanegara ke pangkor...for me nthg speciel...name jer pangkor tapi duduk kat kem cam btn biase tu..tp ni btn santai jer..yg x best bg aku kn kena snorkeling n aku x minat sbb aku x pandai berenang...so, aku terpaksa main air walaupun sangat menderita bg aku..kalo ikut plan kita orang pergi jalan2 pusing pangkor ari ahad tapi ade event hindu lak kat situ(semayang tahunan myb) so x dapat ler nak gi jalan2..sbb jalan jem teruk.. sampai jeti nak balik lumut memang keadaaan dahsyat sangat2...org berebut nak naik feri sehinggga ader gaduh2..dah jadi pergaduhan mulut antara kaum lak...

memandangkan duit dah xder so mngu last2 ni kan duk diam2 jer laaa...kalo lepak luar kena duit lak kan tp lepak kat bilik sorang sorang layan facebook n youtube jer...

Wednesday, February 10, 2010

apecer???




assalamualaikum...

dah lama rasenye tak masuk dalam blog ni..blog yang sentiasa sunyi tanpa sebarang pengunjung pun..tapi takpe ler,at least aku dapat tulis sebagai diary for tomorrow...semester ni dah masuk minggu ke7..this week the last week bfore 1 week break for chinese new year n mid sem break...so, 1 week break hope that i can sattle the problem (myb aasignmnt,revision study and more thing)...

test 1 untuk semua subject dh amik kecuali control engineering(pstponed after mid sem) bcoz im really tired.. today pn amik for solid mechanics2 n mostly of my coursemate amik cntrol mlm nii...good news fr them..the question exactly 100% sama ngn assignmnt...bstnyer...
tp for retest after break ni lcturer dah warning soalan susah..so camane???

and also todayresult for industrial enginerng dah kuar...so bad n bad luck..i dnt knw why???careless or lack of cnfdent???? just 8/15...no commnt..

dan yg pasti for heat transfer, design,manufacturing pn camtu gak... semakin dikejar semakin lari lak markah niii...apapun teruskanlah idup...nobody cn changes ur lifes...survives jer lerrr...
design dh strt meeting for final prject.. i hate ts prject..
for this month, mcm2 event dah jadi n akan jadi...pengundian MPP last week..engineering fest n ...


Wednesday, January 13, 2010

2010....

Banyak insiden yang kurang menyenangkan berlaku dalam tempoh 10 hari pertama tahun 2010. Kebanyakan insiden itu menguji kebijaksanaan dan rasional kita untuk menanganinya. Sesetengahnya begitu mencabar kekuatan kita sebagai umat Islam.

Umat Islam di negara ini bukan sahaja berhadapan dengan cabaran dan tekanan pihak luar, malah juga dari dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Terdapat pelbagai isu termasuk masalah sosial, jenayah dan kegiatan tidak bermoral yang terus menghimpit dan memerlukan tindakan berkesan dan berterusan.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku menyebabkan umat Islam sentiasa diperhatikan dan didorong untuk bertindak mengikut apa yang diharapkan oleh pihak tertentu terutama dalam isu-isu yang menyentuh akidah, kepercayaan dan budaya yang rapuh.

Justeru, belum pun dapat dipastikan siapakah yang melakukan tindakan yang tidak sewajarnya itu, maka terus sahaja pihak tertentu menuding jari, termasuk kepada pihak berkuasa dan kepimpinan negara.

Tindakan segelintir mereka yang melakukan sesuatu yang tidak wajar itu jelas mendapat reaksi cukup hebat daripada pelbagai pihak termasuk pihak luar. Ia sekali gus menunjukkan kegagalan kita untuk belajar daripada pelbagai tekanan dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam sejagat selepas peristiwa 11 September 2001.

Sikap tergesa-gesa, marah, ganas dan pelbagai lagi yang dilakukan oleh segelintir mereka yang mengaku sebagai Muslim telah membawa kesan buruk yang tiada kesudahan kepada umat Islam sehinggakan di mana sahaja, mereka dipandang sinis dan dengan mudah pula menjadi ikon keganasan.

Umat Islam terus dijadikan kambing hitam dalam banyak insiden yang berlaku. Barangkali dalam sejarah manusia, tidak ada kumpulan manusia yang lebih dicurigai dan menghadapi tekanan sebegitu rupa, walaupun ada kes-kes terpencil yang turut berlaku di beberapa tempat lain. Ini diburukkan lagi dengan peristiwa kekejaman dan kehancuran tamadun umat Islam seperti di Palestin, Bosnia Hezergovina, negara-negara miskin di benua Afrika dan negara-negara Asia Barat lain yang sering menarik perhatian kita.

Tidak kurang juga dengan wajah-wajah menyayat hati kemiskinan dan kebuluran di negara-negara dunia ketiga yang berpunca daripada peperangan dan pertelingkahan sesama sendiri. Umat Islam terus melalui pelbagai tragedi kemiskinan, peperangan sesama sendiri, pergaduhan dan lain-lain yang dijadikan bahan paparan dengan persepsi yang amat buruk terhadap Islam.

Lihatlah bagaimana persepsi keganasan oleh pihak lain yang menukar pengganas menjadi watak wira sehingga pemimpinnya dipilih menerima Hadiah Keamanan dalam isu Palestin.

Kemarahan dan keganasan yang ditunjukkan oleh umat Islam di serata dunia, walaupun atas nama mempertahankan diri dan berjuang untuk kedaulatan ummah tidak mengubah apa-apa, selain menambah buruk lagi keadaan.

Kebencian dan kemarahan yang ditunjukkan hanya seperti anjing menyalak bukit yang akhirnya kehilangan suara, manakala bukit terus tegak dengan angkuh dan gagah sekali.

Ini dapat difahami dengan mudah jika secara rasional, kita dapat memikirkan sebab-sebabnya. Thomas Friedman, kolumnis akhbar The New York Times dan pernah memenangi tiga kali Pulitzer Prize dalam buku yang merupakan siri tulisannya dalam akhbar tersebut bertajuk Longitudes and Atitudes: Exploring The World Before and After September 11They Hate Us! They Need Us!". Beliau juga menulis: "…one reason no alliance has formed against America yet is that, while resentment of America is rife, particularly among European elites, the attraction of America - its culture, universities, movies, food, clothing, and technologies - is just as strong, and today no power in the world can balance it…" (2003) menulis: "

Jelas sekali, puncanya adalah kelemahan umat Islam itu sendiri sehingga mudah untuk diperkotak katikkan. Walaupun umat Islam di sesetengah negara begitu kaya, namun ia gagal untuk bangkit menyaingi apa yang telah dibangunkan oleh pihak lain.

Selain itu, walaupun terdapat kekuatan dan pencapaian umat Islam dalam pelbagai bidang sekarang ini, namun pencapaian yang dilakukan kerap kali dipandang sebelah mata.

Jika benar kejadian merosakkan gereja dilakukan oleh pihak yang mendakwa sebagai penganut Islam, maka mereka itu adalah orang-orang tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan bertindak sewenang-wenangnya mengikut emosi sendiri yang sebenarnya menjadi nilai universal yang boleh berlaku di mana sahaja termasuk dari dalam kalangan penganut agama dan kelompok lain juga.

Sehubungan itu, umat Islam harus berhati- hati dalam setiap tindakan yang dilakukan. Mereka harus bertindak dengan penuh bijaksana dengan menggunakan pelbagai saluran sah yang ada serta melihat sesuatu isu dengan pemikiran yang mendalam, dari pelbagai sudut secara rasional dan ilmiah, bukan semata-mata menggunakan emosi yang membuak-buak yang akhirnya menyebabkan keseluruhan umat Islam sekali lagi dijenamakan dengan keganasan, kejahilan dan kejumudan minda.

Tugas utama umat Islam hari ini jauh lebih besar daripada melakukan tindakan-tindakan provokasi yang menambah buruk keadaan. Jihad sebenar adalah bagaimana untuk meningkatkan martabat ummah dan membangunkan satu tamadun yang dihormati dan disegani dalam semua aspek.

Selagi umat Islam tidak berusaha untuk menolong dirinya sendiri, bersatu padu dan bertindak sebagai orang yang berilmu, maka selagi itulah, ia akan mudah dipermain-mainkan dan diperkotak katikkan. Sekarang adalah masa untuk bekerja dan mengambil tindakan-tindakan yang berkesan dalam menangani nasib dan isu-isu yang melanda umat Islam hari ini. Usaha-usaha dan tenaga kita harus ditumpukan untuk menjadi umat yang kuat dan berupaya bersaing dalam semua segi sama ada ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan sebagainya.

Keganasan tidak harus dilawan dengan keganasan. Keganasan dan perbezaan pendapat harus ditangani dengan kebijaksanaan pemikiran dan tindakan-tindakan yang dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan strategik.

Pada masa yang sama, umat Islam perlu mengukuhkan iman dan akidah yang makin tergugat dengan pelbagai budaya dan amalan yang menyesakkan nafas.

Umat Islam juga harus bangun untuk menjadi yang terbaik dalam apa jua yang dipegangnya. Jika seorang pelajar, dia harus menjadi pelajar paling cemerlang. Jika seorang pengkarya, dia harus berupaya menjadi karyawan ternama. Jika seorang ahli politik, maka ahli politik Islam haruslah unggul pemikiran dan tindakannya perlu selaras dengan tuntutan Islam. Begitu juga dalam hal-hal lain.

Selain itu, umat Islam harus melihat perkembangan yang berlaku ini dengan serius dan belajar daripada nasib mereka yang berlaku di seluruh dunia, paling tidak dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini. Jihad ini jauh lebih besar iaitu membangunkan ummah secara keseluruhannya, menguasai ilmu dan teknologi dan bijaksana dalam setiap tindakan yang dilakukan.

Cabaran sebenar adalah bagaimana untuk menolak tanggapan bahawa umat Islam itu ganas, kepimpinan Islam tidak rasional dan meyakinkan semua pihak bahawa ia hanya berasaskan prasangka buruk yang boleh mengkucar-kacirkan umat dan negara.

Kita tidak wajar bermain api, kerana jika terbakar semuanya akan musnah dan menjadi abu. Sebaliknya bersatu dan mengambil tindakan-tindakan mengukuhkan umat dengan menjalankan kewajipan membangunkan masyarakat dan negara secara bijaksana walaupun mempunyai pandangan yang berbeza serta digugat oleh pelbagai pihak untuk menjamin kedaulatan negara.

Pada masa yang sama, kita tidak boleh menggadaikan maruah dan kesucian agama yang teguh terpelihara. Inilah yang akan memastikan kelangsungan nasib umat pada masa hadapan, bukan dengan melayan provokasi untuk bertindak di luar batas kemanusiaan.

PENULIS ialah Timbalan Pendaftar di Pejabat Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia.

mental oh mental

Laporan akhbar harian Kosmo! bertarikh 27 November 2008 menyebut bahawa Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pesakit mental, diabetes dan obesiti di kalangan orang dewasa paling tinggi di negara ini. Kes terbaru yang berlaku di negeri itu adalah di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.

Dalam kejadian penuh tragis itu, empat nyawa melayang dipercayai angkara perbuatan kejam seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga mangsa. Lelaki yang disyaki terlibat dalam pembunuhan tersebut, Rashidi Ismail, 34, akhirnya ditahan polis di Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 4.05 petang, 6 Januari lalu.

Kesemua mereka yang dibunuh itu adalah bapa, adik perempuan, datuk dan nenek kepada Rashidi. Lebih menggerikan apabila kepala salah seorang mangsa dibawa ke Shah Alam untuk ditanam di tanah tinggi berdekatan sebatang parit di hujung Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Meneliti kes itu, mungkinkah ia satu kebetulan atau satu kenyataan yang mengiyakan bahawa Negeri Sembilan memiliki sejumlah pesakit mental paling ramai di negara ini? Sehingga hari ini, kita masih belum tahu sama ada Rashidi mengalami masalah gangguan mental, berada di bawah pengaruh dadah atau sebab-sebab lain. Namun daripada apa yang diceritakan oleh adiknya, Siti Mariam bahawa abangnya pernah putus tunang sebanyak dua kali dan tidak bekerja boleh menjadi sebab Rashidi diserang kemurungan sehingga mendorongnya bertindak kejam terhadap keluarga sendiri.

Menurut laporan Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga pada 2006, antara punca gangguan mental adalah kemurungan. Ia dijangka menjadi punca utama penyakit mental menjelang tahun 2020.

Kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang banyak berlaku tetapi kurang didiagnosis sehinggalah pesakit menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi. Hampir kesemua pesakit yang murung mengalami episod mood yang rendah dan hilang minat untuk melakukan aktiviti yang digemarinya sebelum ini.

Pesakit yang dilanda kemurungan juga sering mengalami kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian dan mungkin juga menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga dan rakan serta cubaan membunuh diri. Kesemua faktor itu juga boleh menjurus kepada satu perlakuan yang ganas termasuk membunuh.

Pakar psikiatri dari Kedah Medical Centre (KMC), Dr. Wan Mohd Rushdi Wan Mahmud berkata, seseorang yang berada dalam keadaan di luar sedar mampu melakukan perbuatan yang pelik, luar biasa, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Menurutnya, mereka yang betul-betul buat (perbuatan kejam) adalah mereka yang telah lama mengalami gangguan jiwa. Biasanya, individu terbabit sudah sampai ke peringkat teruk atau psikotik sehingga kerap mengalami halusinasi.

Katanya, apabila seseorang mengalami halusinasi, mereka seolah-olah mendengar suara-suara tertentu yang sebenarnya tidak wujud.

Beliau berkata, suara-suara itu pula biasanya menyuruh mereka melakukan sesuatu yang kadangkala tidak masuk akal.

"Ada suara yang menyuruh individu terbabit membunuh diri atau mencederakan atau membunuh individu tertentu yang dianggap mengancam keselamatan mereka.

"Dalam hal ini, individu terdekat seperti ahli keluarga sama ada ibu, bapa, adik-beradik, sepupu, datuk, nenek atau saudara mara kerap menjadi mangsa," ujarnya.

Beliau menjelaskan, suara-suara 'ghaib' itu muncul daripada kepercayaan-kepercayaan salah terhadap sesuatu perkara. Misalnya, pelaku mempercayai ada orang mahu membunuhnya dan kepercayaan itu mendorongnya membunuh individu tersebut sebelum dirinya menjadi mangsa.

"Pelaku merasakan lebih baik bunuh orang itu dahulu, sebelum orang tersebut membunuh dirinya. Inilah bisikan yang sering kedengaran di telinga mereka," katanya.

Selain itu, katanya, mereka yang mengalami gangguan mental kerap merawat diri sendiri dengan mengambil dadah-dadah tertentu dan ia menjadikan gangguan yang dialami bertambah teruk.

"Penggunaan dadah seperti ice, syabu, heroin dan morfin akan menyebabkan mereka kerap membayangkan benda-benda pelik dan keadaan itu lebih mendorong mereka bertindak di luar kebiasaan,"tambahnya.

Mengulas sebab-sebab yang mendorong seseorang melakukan perbuatan di luar kebiasaan, beliau berkata, semua jenis tekanan sama ada di tempat kerja atau di rumah boleh mendorong mereka bertindak ganas.

"Lebih memburukkan keadaan jika sejarah keluarga menunjukkan ada di kalangan mereka pernah mengalami gangguan mental," katanya.

Memandangkan kes gangguan mental dilaporkan semakin meningkat, beliau mencadangkan agar rawatan terhadap gangguan mental dimasukkan ke dalam polisi insurans.

"Di negara kita, tiada perlindungan insurans untuk rawatan gangguan mental. Ini menyebabkan tidak ramai yang mahu merujuk kes mereka kepada pakar psikiatri. Saya yakin jika pihak insurans memasukkan rawatan gangguan mental di dalam polisi mereka, lebih banyak orang akan tampil mendapatkan rawatan," tambahnya.

Perunding Psikologi, Khairul Anuar Masuan berkata, terdapat dua faktor yang menyebabkan stres iaitu dalaman dan luaran.

"Faktor dalaman menyaksikan emosi seseorang tidak kuat, misalnya takut melihat darah. Jika jiwa dia kuat, melihat darah bukanlah satu masalah kepadanya.

"Faktor luaran pula melibatkan seseorang kerap memikirkan perkara yang sama berulang kali. Sehinggakan bangun tidur pada waktu pagi pun dia boleh teringatkan perkara itu. Malah, ada yang terbawa-bawa di dalam mimpi.

"Keadaan itu, jika tidak dirawat boleh membawa kepada kemurungan dan kesan daripada itu, mereka boleh berhalunisasi sehingga bertindak di luar kebiasaan," ujarnya.

Beliau mengakui jumlah pesakit yang mengalami gangguan mental semakin meningkat. Justeru, pelbagai pihak perlu bekerjasama menanganinya.

"Saya nasihatkan cuti hujung minggu digunakan dengan bijak agar segala tekanan yang bersarang di dalam diri sepanjang minggu itu dapat dilepaskan.

"Riadah bersama keluarga atau melakukan aktiviti luar yang digemari boleh membantu mengurangkan tekanan," ujarnya.

Apapun persepsi orang ramai terhadap kes terbaru yang menggemparkan itu, ia bukanlah lebih menjurus kepada siapa dan negeri mana paling banyak terlibat dalam permasalahan berkaitan kesihatan mental. Apa yang perlu dilakukan adalah masalah kesihatan terutama yang bersangkutan dengan mental hendaklah ditangani segera supaya sebarang bentuk tekanan, kemarahan, keganasan, kemurungan dan bunuh diri dapat dielakkan.

Langkah yang lebih proaktif dalam menangani masalah itu juga wajar dilakukan dari sekarang memandangkan laporan daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 mendapati kes gangguan mental meningkat hampir enam peratus berbanding kajian yang sama dilakukan kira-kira 10 tahun lalu.

Statistik daripada kajian itu juga mendapati kira-kira tiga juta daripada 26 juta penduduk negara kita mengalami gangguan mental.

Di peringkat antarabangsa pula, kira-kira 450 juta orang di seluruh dunia dikesan mengalami gangguan mental tertentu seperti kemurungan, skizofrenia dan gangguan bipolar. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), daripada jumlah itu, kurang daripada separuh pesakit menerima rawatan yang diperlukan. WHO juga menganggarkan menjelang tahun 2020, penyakit mental dijangka mewakili 15 peratus daripada penyakit global.

Ia kini menjadi penyakit lazim dan statistik tahun 2008 menunjukkan kira-kira 400,227 pesakit mental di Malaysia mendapatkan bantuan psikiatri di hospital-hospital kerajaan. Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding 346,196 pesakit pada 2007.

Memandangkan masalah kesihatan mental kini menjadi sebahagian daripada cabaran era moden yang berlaku dalam masyarakat hari ini, maka pelbagai pihak perlu bersatu tenaga membantu menangani penyakit tersebut. Antara pihak yang boleh bekerjasama dalam perkara itu adalah Kementerian Kesihatan, majikan, pihak pengurusan universiti dan sekolah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kempen mencegah penyakit mental boleh dilakukan sepanjang tahun bukan sahaja di peringkat sekolah dan universiti, malah ia perlu melibatkan masyarakat yang tinggal di pedalaman, kampung, pinggir bandar mahupun bandar raya besar.

Di peringkat majikan sama ada sektor awam atau swasta, usaha mengesan kakitangan yang mempunyai masalah kesihatan mental, tekanan dan kemurungan perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Janganlah sekadar kita menunggu sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang jatuh pada bulan Oktober setiap tahun barulah kempen dan aktiviti kesihatan mental diadakan.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye dalam satu laporan Utusan Malaysia bertarikh 23 November 2009 menekankan betapa kakitangan yang mempunyai masalah kesihatan mental, tekanan dan kemurungan di tempat kerja perlu diberi rawatan segera oleh majikan.

Menurutnya, ia perlu dilakukan segera bagi menangani produktiviti golongan pekerja di negara ini, selain mengenal pasti pekerja yang mempunyai masalah berkenaan supaya rawatan dan kaunseling dapat diberikan segera.

Beliau mencadangkan majikan agar memperkenalkan Program Bantuan Untuk Pekerja yang berfungsi mengambil langkah-langkah pencegahan serta membantu pekerja yang menghadapi masalah berkaitan kesihatan mental, tekanan dan kemurungan.

Selain itu, seorang pakar psikiatri dari Toronto, Kanada, Dr. Ted Lo berkata, kurangnya pendidikan mengenai aspek gangguan mental menjadikan mereka yang menderita gangguan tersebut enggan mengakuinya.

Keengganan seseorang untuk dikaitkan dengan penyakit mental berpunca daripada stigma sosial dalam komuniti terhadap masalah berkenaan.

"Faktor persekitaran dan perspektif budaya yang negatif terhadap gangguan mental telah menghalang ramai pesakit mendapatkan bantuan yang sewajarnya," katanya.

Justeru, stigma dan prejudis masyarakat terhadap penyakit mental perlu dihapuskan bagi menggalakkan lebih ramai pesakit menemui pakar untuk mendapatkan rawatan.

Kesimpulannya, tragedi hitam yang berlaku melibatkan kehilangan nyawa, amukan dan perbuatan membunuh diri adalah peringatan pahit dalam kehidupan kita akibat daripada penyakit yang hakikatnya boleh dirawat. Langkah-langkah menanganinya sepatutnya tidak diabaikan dalam usaha kita mencapai tahap negara maju menjelang 2020.

~~~ come back ~~~

dah lama dah aku tak menulis dalam blog ini.kalau diikutkan tarikh terakhir aku menulis adalah 13 oktober tahun lepas. hari ni pun dah 13 january 2010..hahaha dah 3 bulan aku tak masuk blog ni, maklum ajer laa sibuk dan malas sentiasa menghantui hidup ni..hari ini merupakan minggu ketiga kehidupan aku di semester 2 tahun 3 ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal di UTHM ni...so, nothing special for this sem..and i hope thz sem akan ikut kejayaan 2 semester sebelum nii..opsss..cerite pasal result sem lepas yer..syukur sangat sebab aku dapat result yang baik gak...aku pun nak kongsi gak result aku sem lepas niiii...
static B+...solid1 A-...math 4 numerical A...thermodynamic2 C+....fluid 2 B-....lab5 A-....economic A... and my GPA result 3.44 n CGPA 3.18....ok ler tuu walaupun ramai mmber aku yang dapat dekan sem lepas...

dan sem ni pula aku register 18 kredit gak...solid2, design 1, heat transfer,lab6,industrial eng ,control eng,manufacturing,woksyop4....
sem ni memang subjek killer bnyak tapi harap2 dapat ler score waaupun buat mase ni aku duk pening not ready yet to study ..heheee...jadual sem ni teruk gak dengan kehidupan baru aku di tamna universiti ni yang stresssss sangat2...umah aku dah mcm water theme park dah...paip atas syiling bocor dan umah bnjir dah...hostel management office n contractor myb ade bnyak prob kene satel sbb penghuni kat sini bnyak perkara dah tak puas hati dengan life kat sini..tension jerrrrr....

cerita pasal sem ni gak aku baru jer habis join jd executive for southern cup debate ompetition (SCDC)...debat b.inggeris..walaupun tak fasih BI pn aku jd executive yang handel debat kat room 12..penat sangat2 kat sini..kena kesana kemari dan pastikan bawak speaker ke bilik dan sediakan ape yang patut...kena 2 sesi jaga masa...nasib baik tak ade prob sangat and the winner UIAM..congrat...31 january ni gak aku kena join engineering fest marathon kat bp mall...tapi yang ni aku malas lah pulak nk handel...tngoklah camane....

sekarang ni aku dah guna broadband maxis sbb hostel ni tak ade wireless..tension jer maxis ni slow sangat..tipu pnyer company...3 hari jer aku pakai laju yang lain cam setaraf ngn wireless..myb pas ni aku nk tukar ddengan celcom lak..harap2 tak kena tipu daa....laptop aku pn dah tambah ram 2G =rm165...ah laju daa laptop ni..n myb kena beli cooler pulak...

dan macam2 lg em ni..nnt aku update story kat sini...