Monday, December 29, 2008

penghujung tahun.. sem baru

hari ni merupakan sem baru..dah masuk sem dua dah... semuanya yang baru..beberapa hari lagi tahun 2009 dan semalam dah tahun baru bulan islam... aku duk pening gak sekarang nak kena atur timetable.. aku tak tahulah camane nak kena buat..macam kena drop subjek pulak...

dah lama tak masuk blog.. dan rasenya sebulan lebih.hari tu aku cuti duk buat lesen dan sekarang tak lepas lagi aku punye lesen...

duit ptptn tak masuk lagi...biasanya awal awal dah masuk... semoga sem baru ini lebih maju dan maju....

Friday, November 21, 2008

akhirnya sem ini....


semalam last paper for a final exam...dyanamic.. soalan nya tension aje... tapi at least aku dah buat terbaik dan aku harap aku dapat result yang aku harapkan..


ramai dah yang balik kampung..yang tinggl pun dua tiga orang yang nak balik ari ni.. aku pun balik malam ni..22/11... naik k.api.. tapi sebelum balik kena kemas barang barang masuk stor..beg nak balik dah tak muat..ade 4 barang aku kena bawak ni...penat gaklah... aku tak tahu cam mana nak bawak ni...


aku cuti sebulan lebih dan 27/12 ni datang balik untuk next sem...


dan untuk cuti ni myb aku tak masuk blog ni.. rehat jap kan..and myb cuti ni pun aku relaks je.. yang pasti beberapa acara penting spt wedding abang aku akan berlangsung bulan 12 ni dan bulan tu gak lah musim banjirrrr........


diharap sem ni akan memberi bnyak pengajaran untuk sem depan..........


so...byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..

Thursday, November 13, 2008


hari ini dah masuk 14 november 2008..masih ade satu minggu lagi untuk aku habiskan semester ini. dan minggu ni pulak duk exam...aku dah lepas 3 paper and ade 3 paper lagi... satu paper dah tahu result dapat A-, tapi math 3 aku tak berani sebab aku memang tak boleh nak jawab ari tu.. dan semalam pulak duka bersilih ganti, subjek thermo yang menakutkan tu dah jadi igauan ngeri pulak... yang pasti 3 paper lagi pun aku tak jamin nak score... jawab semampu yang boleh.. apapun aku dah tak sabar nak habiskan semester ni... member2 aku ade yang dah jadi semester akhir untuk diploma..bagi yang extend tu, satu kegembiraan pulak bila ari ni jadi hari terakhir sebagai pelajar diploma dan malam tadi rasenya ade buat BBQ kat rumah sewa member aku..kan dah nak habis dah..kebanyakan budak ni dah give up dah nak study and ambik degree, so dia orang buat party to celebrate dan perpisahan.. semoga dah berjaya.. dan aku dengar dah ramai dapat offer kerja..congratulation ok...tapi aku dijemput dan aku tak pergi.. malas rasenya sebab ade ramai budak2 yang aku tak kenal.. apepun kalo diikutkan aku ade baki 5 sem lagi...panjang lagi hidup ni... aku harap sem ni akan dapat tolong aku untuk support next sem...

Tuesday, November 4, 2008

memory...

pak lah dan endon dulu.....
bekas atlet negara...
kau yang bawa ku terbang...
bukan sinderella...
i'm not single...lawyer


semua gambar tu tak de kaitan pun..saje nak upload..

baca untuk kesihatan...

ADAKAH anda menghidap psoriasis? Jika ya, tahukah anda bahawa anda juga mungkin mengalami artritis? Psoriasis ialah sejenis gangguan kulit di mana bahagian tertentu kulit mengalami radang dan diliputi oleh kuping berwarna perak atau kelabu.

Jaafar Lajis, seorang bekas ketua bahagian majlis perbandaran, pertama kali diserang psoriasis apabila berusia 32 tahun. Pada mulanya dia menganggap keadaan ini hanyalah masalah kelemumur serius, kerana penyakit bermula di kulit kepala, justeru dia mengabaikannya sehinggalah dia mendapati pengelupasan dan kekeringan kulit menular ke bahagian lain badan.

Dugaan

Jaafar agak bernasib baik kerana secara kebetulan dia mengalami tifoid pada waktu itu dan dimasukkan ke hospital. Dia mengambil kesempatan untuk bertanya doktor tentang kulitnya dan diberitahu penyakit yang dialaminya bernama psoriasis. Tetapi disebabkan kurang kesedaran tentang psoriasis pada tahun 1970-an, keluarganya masih tidak percaya hakikatnya dia bukan sekadar mengalami masalah kulit.

"Mereka ingat saya terkena santau orang yang cemburukan saya kerana saya dinaikkan pangkat lebih awal. Malah, abang saya telah curi-curi membawa saya keluar dari hospital di tengah malam untuk berjumpa seorang bomoh Thai tua, yang membaca mantera dan menanam beg kecil di laman rumah saya, kononnya untuk melindungi saya daripada gangguan lanjut," ujar bapa kepada tiga orang anak ini.

Dia tahu segala jampi serapah tidak berkesan kerana penyakit psoriasis kekal walaupun selepas sakit tifoid telah pulih dan dia dibenarkan keluar hospital. Sejak itu, Jaafar yang kini berusia 70 tahun dan sudah bersara, mula mengenali dan memahami psoriasis.

Menurut Jaafar, dia juga terpaksa menukar gaya hidup pada waktu itu memandangkan dia aktif menjalankan kegiatan luar dan tugas memerlukannya mengunjungi banyak tempat.

"Malah saya juga suka berjoging dan bermain golf. Apabila saya disahkan menghidap psoriasis, saya terpaksa melindungi diri saya daripada cahaya matahari secara langsung dan memastikan kulit saya sentiasa dilindungi pelembap," ujarnya.

Apabila mencecah usia 45 tahun, sendinya pula mula terasa sakit, menyebabkan sukar baginya memandu dan bergerak seperti biasa. Namun dia tetap cekal dan mendapatkan rawatan perubatan untuk menguruskan kegiatan harian.

"Masalah bermula dengan ketegangan dan sakit di lutut, dan kemudian merebak ke jari dan siku. Ada kalanya saya amat resah kerana dibelenggu dua penyakit, iaitu masalah kulit dan juga artritis," katanya.

Apakah artritis psoriatik?

Pakar Runding Perubatan dan Ahli Reumatologi, Dr. Ong Swee Gaik menjelaskan, untuk menguruskan pesakit individu yang mengalami artritis psoriatik, doktor perlu mengenal pasti pelbagai faktor yang mendatangkan kesan negatif terhadap fungsi dan kualiti kehidupan pesakit.

"Artritis psoriatik boleh memberi kesan buruk terhadap pesakit. Penyakit ini bukan sahaja menjejaskan keupayaan fungsi, tetapi psoriasis yang mencemar kulit dan penampilan fizikal pesakit juga menyebabkan pesakit mempunyai harga diri yang rendah.

"Justeru, pendekatan rawatan yang menyeluruh perlu diambil untuk menangani pelbagai aspek masalah ini dan dalam keadaan paling ideal, membabitkan pasukan yang terdiri daripada pakar reumatologi, dermatologi, fisioterapi, psikiatri dan pakar bedah ortopedik," ujarnya.

Artritis psoriatik ialah penyakit kronik yang menyebabkan ruam kulit (psoriasis) dan radang sendi. Psoriasis ialah penyakit kulit umum yang dicirikan oleh kulit kering berkuping dengan tompok merah bergelembung.

Biasanya ia dialami di bahagian seperti kulit kepala, telinga, sendi dan lutut. Artritis psoriatik boleh berlaku pada sebarang usia, khususnya antara 30 hingga 55 tahun dan menyerang golongan lelaki dan wanita pada kadar yang sama.

Menurut Dr. Swee Gaik, bukan semua orang yang menghidap psoriasis akan mengalami artritis. "Artritis psoriatik dialami antara 10 hingga 30 peratus pesakit psoriasis. Justeru, penghidap psoriasis perlu dimaklumkan tentang perkara ini apabila mereka didiagnosis buat kali pertama, supaya mereka bersedia mendapat rawatan awal bagi sendi jika mereka mengalami artritis nanti," tegasnya.

Data menunjukkan bahawa artritis psoriatik ialah masalah yang lebih serius daripada yang dijangka pada mulanya. Penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan sendi walaupun pada peringkat awal penyakit. Tahap kerosakan sendi dalam artritis psoriatik agak pelbagai, daripada bengkak pada satu sendi yang menyakitkan kepada kerosakan serius beberapa sendi.

Artritis sering membabitkan lutut, buku lali dan sendi dalam kaki. Biasanya beberapa sendi mengalami radang pada sesuatu masa. Pesakit dengan radang sendi mengalami kesakitan, bengkak, kemerahan dan rasa panas pada sendi. Satu lagi gejala umum ialah ketegangan sendi yang biasanya lebih serius pada waktu pagi.

Kadangkala, artritis psoriatik boleh menyebabkan radang pada tendon jari tangan dan kaki dengan kemerahan dan bengkak. Ini menyebabkan rupa seperti sosej dan keadaan ini dikenali sebagai 'daktilitis'.

Radang juga boleh berlaku pada tendon di belakang tumit. Ini pula dikenali sebagai radang tendon Achilles dan boleh menyebabkan kesakitan apabila berjalan dan menaiki tangga.

Penghidap artritis psoriatik juga mengalami perubahan kuku yang berkaitan penyakit. Kira-kira 60 hingga 80 peratus daripada pesakit mengalami masalah kuku seperti lekuk pada kuku (kemunculan lekuk khusus (bintik halus) pada permukaan kulit), batas dan onikolosis (kuku tertanggal daripada isi tanpa rasa sakit).

Selain sendi tangan dan kaki, sendi di sepanjang tulang belakang dan sakrum (bahagian bawah belakang) juga mungkin mengalami radang, menyebabkan kesakitan dan ketegangan pada leher dan bawah belakang. Namun masalah ini jarang dialami.

Punca artritis psoriatik

Dr. Swee Gaik menyatakan punca sebenar artritis psoriatik tidak jelas tetapi faktor keturunan dipercayai memainkan peranan penting.

"Kanak-kanak dengan ibu bapa yang menghidap psoriasis mempunyai kebarangkalian tiga kali ganda lebih tinggi diserang penyakit ini. Punca lain artritis psoriatik termasuk pendedahan kepada jangkitan, trauma dan perubahan persekitaran atau tekanan psikologi," jelasnya.

Kira-kira 67 peratus daripada pesakit menghidap psoriasis sebelum artritis bermula, 16 peratus lagi mengalami kedua-dua penyakit dalam tempoh 12 bulan antara satu sama lain, manakala baki 17 peratus kes, artritis mendahului psoriasis.

Sama seperti pelbagai bentuk artritis lain, artritis psoriatik juga ada kalanya menjadi semakin teruk atau bertambah baik. Pesakit perlu belajar cara menguruskan keadaan untuk mengurangkan kesan negatif (apabila penyakit menjadi aktif) dan memanjangkan tempoh reda (apabila penyakit tidak menjelma) supaya meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

Menguruskan artritis psoriatik

Pengurusan artritis psoriatik bergantung pada betapa seriusnya masalah ini. Pada asasnya pengurusan penyakit membabitkan rawatan bagi artritis dan juga psoriasis.

Cabarannya ialah untuk mencari rawatan yang sesuai yang akan melegakan psoriasis dan juga artritis, kerana kebanyakan pilihan rawatan hanya melegakan salah satu daripada penyakit berkenaan.

Rawatan biasanya membabitkan kombinasi senaman dan ubat. Pendidikan pesakit ialah satu lagi aspek pengurusan yang penting kerana kefahaman tentang penyakit memastikan rawatan dipatuhi dengan lebih teliti lantas meningkatkan kawalan terhadap artritis psoriatik.

Faktor yang didapati menyebabkan artritis psoriatik bertambah buruk termasuk jangkitan, stres dan perubahan musim dan cuaca. Ubat tertentu seperti beta blocker (sejenis ubat anti-hipertensi) telah dilaporkan mencetus atau memburukkan lagi psoriasis.

Senaman ialah satu komponen penting rawatan. Senaman impak rendah seperti berjalan kaki, meregangkan badan, berenang dan tarian baris akan meningkatkan daya pergerakan dan mengurangkan ketegangan sendi pada waktu pagi. Senaman juga membantu mengekalkan berat badan yang sewajarnya untuk mengurangkan tekanan pada sendi, khususnya pada lutut.

Dr. Swee Gaik berkata, kecergasan fizikal juga membantu mengurangkan sakit kerana senaman akan menguatkan otot di sekeliling sendi untuk menyokong pergerakan sendi dan juga meningkatkan julat pergerakan sendi.

"Namun, anda perlu mendapatkan nasihat ahli fisioterapi sebelum memulakan sebarang program senaman kerana senaman yang salah boleh menyebabkan penyakit anda bertambah teruk," ujarnya.

Ahli fisioterapi akan mencadangkan senaman yang sesuai mengikut tahap penyakit dan keupayaan fizikal pesakit. Senaman boleh dilakukan di rumah atau di unit fisioterapi.

Selain senaman, teknik fizikal lain juga boleh membawa manfaat seperti aplikasi haba atau mampatan dingin. Aplikasi haba membawa manfaat dengan meregangkan otot sebelum senaman manakala aplikasi ais (mampatan sejuk) membantu mengurangkan bengkak dan radang selepas senaman.

Penjagaan kulit juga penting untuk menguruskan artritis psoriatik dengan baik. Pesakit harus memastikan kulit sentiasa lembut dan lembap, sebagai contoh, pelembap tebal boleh disapu selepas mandi.

Krim sapu atau pelembap seperti Vitamin D atau krim steroid membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kekeringan, pengelupasan atau kegatalan. Sesetengah pesakit psoriasis mungkin memerlukan terapi PUVA (psoralen serta sinar A ultra lembayung gelombang panjang), yang memperlahankan pertumbuhan sel dan mengekang psoriasis.

Ini merupakan kombinasi ubat preskripsi psoralen, yang diambil dalam bentuk pil atau ditambah kepada air mandian, serta pendedahan kepada cahaya ultralembayung jenis A. Terapi biasanya membabitkan 20 hingga 30 rawatan dalam tempoh beberapa minggu, di bawah penyeliaan perubatan yang ketat.

"Seperti semua bentuk artritis, rehat dan perubahan persekitaran adalah aspek penting pengurusan penyakit.

"Elakkan daripada mengangkat benda berat atau menjalankan kegiatan yang mungkin menyebabkan gangguan kepada sendi yang terjejas. Jika sendi pergelangan dan jari mengalami artritis, mungkin ada baiknya anda memakai penganduh pada waktu malam atau penganduh kerja pada waktu siang sebagai sokongan sendi," kata Dr. Swee Gaik.

Aplikasi haba atau dingin juga boleh memberikan kelegaan kesakitan sementara. Haba membantu mengurangkan kesakitan dan ketegangan dengan melegakan otot yang sakit dan meningkatkan peredaran darah pada kawasan tersebut, tetapi terdapat kebimbangan ia mungkin memburukkan lagi keadaan sendi yang sudah mengalami radang.

Sentuhan dingin, seperti meletakkan ais atau pek dingin membantu mengebaskan bahagian yang sakit dan mengurangkan radang dengan mengecutkan saluran darah dan menghalang impuls saraf dalam sendi.

Pesakit yang mengalami artritis psoriatik perlu mengambil ubat. Ubat yang sering digunakan ialah ubat antiradang bukan steroid (NSAID) dan ubat anti-reumatik pengubah suai penyakit (DMARD).

NSAID digunakan untuk mengurangkan radang, kesakitan dan ketegangan pada sendi dan berkesan khususnya bagi mereka yang menghidap psoriasis ringan. Namun begitu kita perlu maklum bahawa walaupun NSAID memberikan kelegaan simptomatik terhadap artritis psoriatik, ubat ini didapati tidak mempengaruhi penularan artritis.

Kadang kala, apabila hanya beberapa sendi mengalami radang di kalangan pesakit artritis psoriatik, pakar reumatologi anda mungkin menyuntik kortikosteroid ke dalam sendi. Ini boleh menghilangkan kesakitan pesakit dengan serta-merta.

Bagi pesakit yang penyakitnya tidak responsif kepada NSAID, dan juga dengan penyakit yang sederhana hingga teruk yang lebih luas dan agresif, mereka memerlukan ubat yang lebih kuat seperti ubat antireumatik pengubah penyakit (DMARD). Antaranya termasuk methotrexate, sulfasalazine, cyclosporine dan leflunomide. Bagaimanapun, penggunaannya perlu dipantau memandangkan potensi kesan sampingannya.

Bagi pesakit yang tidak menunjukkan tindak balas yang sewajarnya kepada DMARD, kini terdapat agen baru yang menunjukkan kemujaraban dalam rawatan artritis psoriatik. Antara agen ini ialah agen biologi yang dikenali sebagai anti-TNF (faktor nekrosis tumor).

Ia didapati benar-benar membawa manfaat kepada pesakit untuk melegakan artritis dan juga psoriasis. Agen biologi didapati menghentikan atau mengurangkan penularan kerosakan struktur kepada sendi dan meningkatkan keupayaan fungsian pesakit dan kualiti kehidupan mereka.

Penjagaan sendi penting untuk mencegah kecacatan sendi, yang mungkin memerlukan terapi penggantian sendi. Ini biasanya pilihan terakhir apabila sendi sudah rosak dan tidak boleh dipulihkan.

Terapi penggantian sendi membolehkan pesakit bergerak dan berfungsi dengan lebih baik, sambil mengurangkan kesakitan yang dialami mereka.

Dr. Swee Gaik menjelaskan banyak maklumat yang boleh didapati di Internet atau menerusi Yayasan Artritis Malaysia, selain daripada nasihat doktor.

"Pengetahuan akan memperkasakan anda untuk membuat keputusan sewajarnya bagi memastikan anda menerima rawatan yang betul," tegasnya.

Pesanan kesihatan awam ini dibawakan kepada anda menerusi geran pendidikan daripada Wyeth Malaysia sempena Hari Psoriasis Sedunia pada 29 Oktober lalu.

pelik prangai...

KOTA BHARU 4 Nov. - Orang ramai di sini gempar pagi ini apabila seorang pelajar institusi pengajian tinggi mengancam terjun bangunan bagi mengelak ditangkap oleh anggota pencegah maksiat kerana dipercayai berkhalwat.

Pemuda berusia 21 tahun itu dikatakan cuba terjun dari bumbung sebuah hotel bajet di Jalan Pengkalan Chepa hingga memaksa pasukan bomba dan penyelamat dipanggil bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Ibunya turut dipanggil untuk berada di tempat kejadian bagi memujuk dan mententeramkan keadaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi pemuda itu bersama pasangannya, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini, telah memecahkan siling untuk melarikan diri ke bumbung hotel berkenaan.

Mereka dikatakan nekad berbuat demikian selepas sepasukan anggota dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) menyerbu bilik hotel dan mengetuk pintu bilik pasangan berkenaan tetapi tidak dibuka.

Selepas mendengar bunyi yang pelik, anggota terbabit bertindak memecah masuk ke dalam bilik dan mendapati siling bilik dipecahkan oleh pasangan itu yang melarikan diri ke bumbung bangunan dua tingkat itu.

Mereka cuba memujuk pasangan tersebut turun dan menyerah diri tetapi hanya si gadis berbuat demikian manakala pemuda itu berdegil dan mengancam untuk membunuh diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supritendan Idris Abd. Rafar ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian itu.

Katanya, tiga buah jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima aduan daripada JHEAIK sebagai persediaan untuk menghadapi kejadian yang tidak diingini.

"Pemuda itu bagaimanapun ditahan pada pukul 11.45 pagi selepas pegawai JAHEIK, polis dan bomba berjaya memujuknya supaya turun dari bumbung hotel itu.

"Tindakan suspek yang mengancam untuk berbuat demikian telah menarik perhatian orang ramai yang memenuhi kawasan berkenaan," ujarnya.

Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan sebelum diserahkan kepada JHEAIK.

Sunday, October 19, 2008


rasenya minggu ni amat menakutkan bagi aku..banyak benda aku kena hadapi

isnin- dapat mark thermo.aku takut giler dan aku rase aku fail..and aku dah failed test 1.kalo aku fail lagi..aku tak tau nak buat ape..

selasa-kena present c++..tak siap lagi dan aku dengar programming x boleh nak run..problem again..

rabu-maybe present dynamic..kena study sket..pas tu kena present bahan..aku tak buat pun project ni..dan utk elak dari kantoi,aku kena study report dia..dan paling aku takut aku akan dapat markah math 3 yang aku x dapat jawab mase test ari tu...

khamis-dapat markah test c++..yang ni aku tak yakin buat..malam tu aku balik kampung,,,

jumaat-aku ponteng kelas math...hehehe

dah minggu last ni memang tension giler lah...dah rase nak lari je..
dan satu lagi test 2 material selection aku tak ambik lagi;
takut je sume ni...

Monday, October 13, 2008

SABOR JEEE...


mingu lepas aku busy giler..nak menulis kat blog pun tak sempat...hari ni aku sempat gak.. dan hari ni befday aku yang ke 21...aku dah layak mngundi dah...rasenya bosan sangat..kalo tahun lepas aku duk rumah tapi tahun ni aku befday kat johor je....

assignment penting dah siap..tapi tinggal lagi yang menyibuk satu dua..minggu lepas aku dah ade dua test..material selection cam boleh jawab je..tapi dari conclusion yang lctrurer buat, cam teruk aje sume...aku dah rase takut aje...
eng math 3 aku test hari sabtu..memang aku takut yang ni..teruk gak..tak boleh jawab ...aku risau sebab tiga kredit dan quiz aku tak score..kalo failed test ni aku tak tau ape nak jadi sem ni...
mngu ni test thermo 1 pulak...aku kena score yang ni..

yang paling aku sakit hati ialah etnik..tak habis2 buat bnda bodoh..subjek yang mnyusahkan lebih dari subjek mekanikal..padahal subjek elektif aje..dan semalam aku dapat msg member aku bagi ader assignment etnik..aku punya buat sampai tidur pukul 4pagi..dan tadi aku baru je tahu yang assignent tu utuk budak course lain dan bukan course aku..GERAMNYAAAAAAAAAAAAAAAA..... tuhan saje yang tahu...tak ade sorang pun inform pasal bnda ni..aku dah kena tipu.... ketua kelas aku memang giler... pentingkan diri sendiri...dasar budak poli( bukan sengaja nak hina)....

apa pun semalam ade tayangan filem 1957 HATI MALAYA tapi aku layan jap je..pergi dewan ak tengok program india sathapathi..tak best dan bosan....pening aku dngar bahasa tamil...

rumusannya...befday aku memang sedih ni..

Saturday, October 4, 2008

raya dan raya...

1 okt 2008 - 1syawal 1429h...dah raya dah..kejap rasenya puasa sebulan...
ari tupun aku balik naik bas university turun kat trengganu..nak ambik tiket balik kelantan..tapi hari ini tiket abih...lastnye...aku naik prebet je...balik kB...trafic memang teruklah...
3 hari sebelum raye dah macam esok nak raye....

1 syawal...aku buat ape..aku pergi 2 rumah je raye ni...dah okay lah tu..tu pun rumah mak sedara aku ngan mak sepupu aku..blakang rumah tu je.. tu pun ikut abe aku...

raya ni special gak sebab semua berkumpul kat rumah...seramai 19 orang ahli..adik beradik + ipar + anak sedara...ramai gak yang datang...

raya kedua aku demam..dah macam orang keracunan makanan..cirit birit ngan muntah..demam sakit kepala dah bercampur sume...satu hari aku tak bangun...

raya ketiga aku sihat sikit..tapi malam tu gak aku naik bas...jadi...satu ari je aku raya je...
raya keempat dah ade kat johor...dah cam ape dah jadi...bosannya....aku nak raye..nak rehat.. tapi ingatnya kalo tak busy aku nak balik study week ni...

duit raye....dapat gak ..total...rm115...tapi dah abih dah..kejap je...
ape pun selamat ari raye.maaf zahir batin...

Friday, September 26, 2008

luahan...


Kau hadir depanku,

Melemparkan senyuman manis,

Dengan kelembutan jiwamu,

Membuat aku terdiam dan terpaku disitu,

Siapakah gerangan dirimu,

Membuat aku terbuai...

Hari dan bulan berlalu,

Aku semakin akrab denganmu,

Seribu janji kau dan aku melafazkannya,

Untuk terus setia dan hidup bersama,

Untuk terus mengukir kenangan ini,

Kerana dirimu insan yang kusayangi,

Untuk selamanya...

Cinta itu indah untuk diungkap,

Aku sentiasa terlena dibuainya,

Tanpa kusedari cinta juga menjadi penghalang buatku,

Kerana cinta membawa aku kecewa disini,

Dalam lembah kematian,

Dengan seribu kekecewaan...

Kau yang memulakannya,

Mengapa engkau yang mengecewakannya,

Adakah aku ini hanya boneka buatmu,

Setia menunggu dalam kedaifan kasih mu,

Sedangkan kau dalam kemanisan cinta mu,

Dengan janji yang tak pernah kau turutkan...

Malam ini,

Haruskah ku bermimpi bersama dirimu lagi,

Walau musim sudah berlalu,

Aku masih termenung sendiri,

Dimana silap diri ku ini....

Sunday, September 21, 2008

jalinan kasih ramadhan...

program ni sebenarnya kita orang join ngan student master dari vocational&tech. education...
program dijalankan kat pertubuhan anak yatim islam kluang(PAYIK)..3 hari 2 malam aku berkampung kat sane..pelbagai kenangan aku perolehi kat sane.. yang pasti sedih lah gak biler kita orang tengok kehidupan anak yatim yang seramai hampir 70 orang ni.. ade yang tak ade mak..tak ade bapak..dan tak ade kedua duanya...yang paling kecik 8tahun (tingal ngan 2 orang abang die..anak yatim piatu) dan yang paling besar 17 tahun..


muke dia orang ni heppy je...

sedih tngok life dia orang..kecik kecik dah hidup tanpa parent..yang jaga kalangan pengasuh yang dah pun berumur..tapi tngok pada perangai mereka ni..cam tak ade ape yang beza ngan budak lain..degil , bising, tak dengar cakap.....dan tu lah ustaz yang jaga rumah ni bagi tahu kita orang sume... tapi at least mereka boleh teruskan hidup seperti budak lain di sini...

abang baju merah tu dan adik dia yang kecik tu sebelah baju putih..
sorang lagi aku tak pasti...

dan dalam ramai ramai ni yang aku paling sedih tengok 2 keluarga ni..anak yatim piatu.. kedua duanya ader 3 beradik kat sini...yang abang tu pun paling sulung umur dalam 14/15tahun...
dah pegang tngungjawab besar kena jaga adik 2 orang lagi... yang satu lagi ni yang aku tau ceritanya dari ustaz gak...aku tak pasti pasal parents dia orang..tapi adik yang bongsu tu baru je 8 tahun dan kalo ikut pun da tak boleh masuk sini tapi sebab abang dia dah janji nak jaga dia, so pihak pengurusan bagi masuk sini. mereka ni masih ader atuk tapi mungkin dah uzur dan tak mampu jaga jadi tinggal lah kat sini...tengok abang dia ni cam budak lain gak...ader degilnya... tapi terharu cara dia jaga adik dia..mase activity treasure hunt tu...abang dia tak lepas tangan adik dia..takut adik dia tertinggal kat belakang kot..dan mase kita orang nak balik tu..adik dia nangis kaki kena kaca...abang dia dengan pantas pergi dan tolong adik dia...yang aku dengar dia sebut...(adik aku..mane adik aku)...
ni lah hostel pertubuhan ni...

apepun aku harap dia orang succes dan jadi orang berguna untuk mase depan dia orang...

lambaian terakhir sebelum kita orang balik campus

terime kasih gak pade student master yang bagi kiter orang join program ni...

aku rase lirik lagu ni cam kehidupan dia orang gak...

hati pedih menangis
Jiwa ku yang suram

Malam yang panjang ini
Aku bersendirian
Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah keresahanku

Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
Itulah yang ada sementara aku
Hidup di dunia ini
Inikah dugaanku inikah kesempatan
Haruskah ku terus atau membiarkan
Ianya berlalu




Monday, September 15, 2008

boring la...

ini adalah bumi......ye ke..hehehe...
boring la... dah pukul 04.22 am/ 16 ramadhan dah... dah 16 hari rupanya puasa... esok ade kelas tapi pkul 03.00pm...sebab tu aku tak tido lagi ni... duk main internet pun tak tau nak buat aper...bukak friendster...pas tu bukak surat khabar..pas tu bukak blog..and then download lagu.boring nya... nak study pun malas..dah bosan dah study ..kalo boleh aku nak keerja je.. ramai gak member aku tak sambung, dia orang krje.... tapi setakat diploma ni jadi kuli batak je... cam LI aku tu la...dah trauma dah aku kerja cam tu...aku belajar bukan main susah tapi setakat krja cam tu nak buat apa ye.. sebenarnya aku bukan minat pun ambik engineering ni..tapi nak buat camane dah aku dapat offer pun masuk IPTA ni mase diploma dulu course eng...so degree ni kena sambung ngan eng.. gak lah.. bosan sebenarnya course ni sebab aku tak minat pun...belajar benda yang aku tak nampak... kalo boleh aku nak belajar pasal sains hayat...jadi lawyer ke..architect ke.. ok gak kan.... hidup mesti teruskan ...sem 1 tahun 2 ni pun dah tinggal 4 minggu lagi... ok lah..

Sunday, September 14, 2008

kenangan pahit industrial training

LI aku macam nak giler..aku rase tension giler...kerja tak dibayar satu sen pun tapi nak mintak aku buat cam kuli batak ..aku tak sebodoh dia orang sume...aku buat LI sebab nak tngok sebahagian tugas kalo aku krja.. tapi dia orang nak seksa aku..sorry ye...aku tak sebodoh tu..
especially to my boss and staff dev. department tu...jangan cuba nak jatuhkan maruah aku...
aku memang menyesal duk sana....aku tak balik sane lagi...kalo aku ludah aku takkan jilat balik..

salah satu tugas bodoh kat sane...kaji air taik...management lemah..nak ISO baru kalut...kejar kita nak suruh bersih lombong najis ni..dalam terik mentari dngan muka berlakon baiknya, aku buat tugas ni..tapi..hati ni tuhan saje yang tahu...inilah antara pngalaman pahit aku kat sane....

kena pikul tangga naik lif, panjat bumbung level 4....macam macam dan yang sakit hatinya bos dia perli aku ni pemalas..tak educated...tak mau cari kerja..
tu la..madu yang kita beri..racun yang kita balas... setakat ada IR dah nak berlagak tak payah la... aku pun tngah kejar nak jadi prof. ni...lcturer sini yang taraf prof. pun tak sejahat mulut dia...
and untuk semue staf yang tak puas hati ngan aku..im sorry ok....
tapi yang banyak ajar and nasihat aku tu..terime kasih banyak banyak ye...

moral value nye...kalo nak LI jangan main redah je...pikir dulu ye....

member lame...

wah wah wah....
ramai dah berubah imej , physical dan...

dah lame sangat tak jumpa member sekolah dulu...
aku tau dia orang ade buat reunion tapi aku tak tau ape pun..aku dapat tau melalui gambar kat friendster..tu pun nasib baik ade technology kan....

aku nak post gambar ni kat blog ni..biar terkejut dia oarng tngok ni..
dia orang tertanya sape punya blog ni...

yang penting rahsia....

saje je....

bahagianya dia.....

rahsia disebalik phone number.....


1) key-in the first 3 digits of your handphone number (not the 01x number) into the calculator

2) multiply by 80

3) add 1

4) multiply by 250

5) plus last four digits of phone number

6) plus last four digits of phone number again

7) minus 250

8) Finally, divide by 2

Is this your handphone number????

kalau tak dapat cuba lagi... abaikan 013/012/017/016...

Reply With Quote

dah nak raya ke????

sape ni??? asal ni???? tak taulah..
ari ni dah dah 14 ramadhan..dah 2 minggu puasa..ada 16 hari lagi nak raya..tak sabor rasenya..tapi sebelum raye aku ade test 2 dynamic lagi..padahal lepas raye tu ade 3 minggu lagi kuliah..lecturer tu excited sangat nak failed kan students...hehehe.. aku balik 27/09..sampai 28/09...raya 01/10..jadi tak sempat nak puasa rumah lah ni.... assignment ni banyak lagi tak siap... camane ni....

Friday, September 12, 2008

material oh material...


aku tak tau nak buat apa project for material selection ni...
bahan baru untuk komponen..dulu aku dah buat..tapi aku nak yang baru lagi..
piston guna karbon...yang dulu..yang baru ni aku tak tau lagi..group members aku pun terapung lagi....
semua duk pening ni..3 minggu lagi nak kena hantar ni....
oooooooooooooooooo

Thursday, September 11, 2008

ngantukk..


ari ni dah 12 ramadhan..ngantuk nya..dah pukul 03.55am..aku tak tidur lagi ni..penat..pukul 8 ade kelas..balik study eng math 3..tomorrow ade quiz.. aku nak score..dah lah test 1 aku lepas skit je.. penat betul... math pun susah.. study eng. pun blajar math susah giler..mengalahkan budak ambik major math.. esok kelas math 3hours...start 08.00am... assignment bnyak tak buat lagi.. ethnic, material selection, dynamic, c++, arrrrrr..bnyak oiiii.... help me plz..... oklah nak sahur ni..bye....

first time

thats was my first time....
ou......
create my own blog...
share our life together...
so..welcome guys....