Tuesday, October 13, 2009

apakah harapan mereka masih ada untuk hari esok?


AIR matanya tidak henti mengalir. Sepanjang sidang akhbar itu, dia hanya menangis dan terus menangis.

Winnie Chen masih berharap. Kini sudah 14 bulan dia bergantung 'nyawa' kepada alat bantuan denyutan jantung (VAD) untuk terus bernafas. Dia sedar, usia 'teman karibnya' itu sudah semakin hampir.

"Setiap pagi, saya bangun dari tidur dan berharap ada keajaiban yang berlaku. Saya juga ingin hidup sihat dan bahagia seperti orang lain. Saya tidak pasti bila ia akan berlaku, namun saya akan terus menanti," katanya sambil mengesat air mata yang deras mengalir.

Winnie merupakan pesakit jantung kronik yang menjadi penghuni setia Institut Jantung Negara (IJN) sejak lebih setahun lalu dan diberi keutamaan untuk pemindahan jantung.

Walaupun media berterusan memaparkan rayuannya bagi mendapatkan jantung baru, namun hingga kini ia masih samar.

Pun begitu, ibu tunggal ini masih cekal untuk meneruskan hidup, demi anak lelakinya yang kini berusia lima tahun.

"Tahun depan dia akan memasuki prasekolah. Sebolehnya saya ingin menemaninya pada hari pertama sesi persekolahan, sama seperti ibu-ibu lain," katanya lagi.

Dia mengerti mengharapkan pendermaan organ bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak boleh dipaksa, namun itu harapannya demi meneruskan hidup dan membesarkan anak.

Lain pula keadaan dengan rakan senasibnya, Tan Geek Koon. Berbanding Winnie yang tidak henti mengalirkan air mata, Tan kelihatan tenang dan 'biasa' sahaja.

Namun, sebagai seorang ibu, naluri penulis dapat menangkap riak duka yang terbuku di dadanya.

"Memang sedih namun saya tidak akan berputus asa. Saya mahu membesarkan keempat-empat anak hingga dewasa dan berjaya," katanya dengan tenang.

Lebih menyentuh perasaan tatkala dia menyatakan bahawa anak bongsunya yang kini berusia 13 bulan, sudah tidak lagi mengenali dirinya kerana dia tidak berkesempatan memeliharanya.

"Hanya sesekali saya boleh bertemu mereka. Waktu yang ada itulah saya akan gunakan sepenuhnya untuk melepaskan rindu," katanya lagi.

Berbanding penghujung tahun lalu ketika penulis bertemunya, Geek Koon kini kelihatan sedikit lemah. Sudah 11 bulan dia bergantung kepada alat VAD.

Baru-baru ini, dia mengalami strok di bahagian kiri badan, menyebabkan dia harus menjalani program pemulihan serta fisioterapi. Namun dia tetap bersemangat menjawab setiap pertanyaan dan masih mampu melemparkan senyuman.

Dalam pada itu, Pengarah Klinikal, Program Transplan Jantung dan Paru-Paru IJN, Dr Mohamed Ezani Md Taib berkata, kekangan paling besar dalam proses pendermaan organ adalah mendapatkan organ itu sendiri.

"Sehingga kini, kita mempunyai segala-galanya. Teknologi, kepakaran, kemudahan dan sokongan daripada semua pihak, namun untuk mendapatkan penderma yang sesuai itu agak sukar," katanya.

Ini katanya, berdasarkan kepada masih kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat mengenai pendermaan organ.

"Memang jumlah pendaftaran meningkat, namun terdapat kekangan di saat akhir, antaranya halangan daripada ahli keluarga yang lain," kata beliau.

Selain itu katanya, kesesuaian juga menjadi faktor yang menghalang pemindahan organ. Seperti contoh baru-baru ini terdapat seorang penderma yang meninggal dunia di Kuantan, namun jantungnya tidak boleh digunakan kerana keadaannya yang tidak sesuai.

"Kerana itulah kita terus berharap semakin ramai orang awam tampil mendaftarkan diri sebagai penderma dan yang paling utama sekalipun tidak mendaftar, maklumkan kepada keluarga mengenai kesudian anda sebagai penderma organ," katanya.

Ditanya mengenai usaha seperti mendapatkan organ daripada negara luar, Dr. Mohamed Ezani berkata, terdapat kekangan yang membataskan usaha itu daripada berlaku.

"Jangka hayat organ sangat singkat di luar badan manusia. Contohnya jantung hanya empat jam dan proses untuk memindahkannya sahaja mengambil masa sekitar dua jam. Maka tempoh perjalanan perlu singkat," katanya.

Selain itu, faktor mendahulukan pesakit di dalam negara juga diambil kira.

"Organ adalah aset nasional. Tentulah kita akan dahulukan penerima dari negara sendiri sebelum menawarkan kepada orang luar," katanya.

Menurutnya lagi, buat masa ini 24 pesakit berkaitan dengan kegagalan jantung sedang menanti penderma yang sesuai dan berada dalam senarai teratas adalah Winnie dan Geek Koon.

Antara mereka, tujuh sedang menanti pendermaan jantung, 11 paru-paru dan dua untuk jantung dan paru-paru.

Sejak Januari tahun lalu, IJN menerima 22 penderma yang mana hanya 12 injap jantung boleh digunakan.

Dengan itu, beliau berharap semakin ramai yang sedar betapa pentingnya pendermaan organ demi meneruskan sebuah kehidupan.

Orang ramai boleh menghubungi Pendaftar Penderma Organ Nasional (NTRC) melalui talian 03-26156576/03-26942704 untuk mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendermaan organ dan tisu.

Anda juga boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-9080 untuk bercakap dengan koordinator NTRC, bagi mendermakan organ ahli keluarga yang meninggal dunia (mati otak) atau untuk mendaftar sebagai penderma organ.

mercun dan buta

SETIAP kali kedatangan bulan Ramadan dan Aidilfitri, bermain mercun bagaikan satu kemestian dan pesta kepada pelbagai lapisan masyarakat Malaysia, sama ada di kampung dan di bandar. Kanak-kanak dan remaja merupakan golongan yang paling girang bermain mercun seawal bermula Ramadan sehinggalah Syawal menjelma.

Mercun yang menjadi pilihan ramai ialah mercun-mercun yang diimport atau diseludup dari luar negara dan dijual oleh penjual-penjual di seluruh pelosok negara dan juga mercun buatan sendiri. Satu jenis mercun lagi ialah yang dibeli dan kemudiannya diubahsuai oleh pengguna sendiri.

Golongan yang sering menjadi mangsa kecederaan mata akibat bermain mercun ialah kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak perempuan, remaja perempuan dan golongan dewasa biasanya mengalami kecederaan kerana turut menjadi pemerhati ketika kejadian berlaku dan bukannya kerana bermain mercun secara langsung.

Kecederaan mata dan rawatan

Kecederaan mata yang biasa berlaku meliputi;

l Kesan terbakar secara langsung - Kesan terbakar pada kelopak mata, lapisan konjunktiva atau lapisan kornea

l Kesan kecederaan yang lain:

l Koyakan pada kelopak mata, lapisan konjunktiva atau kornea

l Pendarahan bawah lapisan konjunktiva

l Pendarahan dalam bebola mata

l Kehadiran benda asing dalam bebola mata seperti serpihan-serpihan belerang, besi atau kaca

l Keadaan bebola mata yang bernanah

l Lapisan retina yang terkoyak

l Kecederaan pada saraf mata

l Bebola mata menjadi hancur.

Setiap pesakit yang mengalami kecederaan mata akibat letupan mercun sepatutnya dirujuk dan diperiksa dengan rapi oleh pakar mata atau pegawai-pegawai perubatan yang bertugas di bawah seliaan pakar mata di mana-mana hospital kerajaan atau swasta. Pemeriksaan mata yang menyeluruh sangat penting bagi memastikan tahap kecederaan dan bentuk rawatan yang diperlukan oleh mangsa.

Kesan terbakar pada kelopak mata dan lapisan konjunktiva biasanya tidak serius dan boleh dirawat secara pesakit luar. Bagaimanapun, rawatan susulan dengan doktor mata penting bagi memastikan luka sembuh dengan baik dan tidak berlaku jangkitan kuman pada luka tersebut.

Kesan terbakar pada lapisan kornea memerlukan rawatan rapi bagi memastikan luka sembuh dengan sepenuhnya. Mangsa biasanya dirawat sebagai pesakit luar. Mangsa perlu dirawat di hospital sekiranya kesan terbakar lebih dalam dan serius.

Kesan koyakan pada kelopak mata sekiranya berdekatan dengan lapisan bulu mata perlu dijahit dengan baik oleh pakar mata atau pegawai-pegawai perubatan yang bertugas di bawah seliaan pakar mata. Ini bagi memastikan kedua-dua hujung luka disambung dengan kemas dan tidak berlaku kecacatan kekal pada kelopak mata.

Koyakan pada lapisan konjunktiva sekiranya besar dan menyebabkan lapisan sklera terdedah perlu dijahit di bilik bedah dengan menggunakan mikroskop. Begitu juga dengan koyakan pada lapisan kornea. Mangsa biasanya dimasukkan ke dalam wad dan dibenarkan pulang ke rumah setelah luka siap dijahit serta tidak menunjukkan tanda-tanda berlaku jangkitan kuman. Parut yang terjadi akibat luka pada bahagian tengah lapisan kornea, akan turut menjejaskan keupayaan penglihatan mangsa secara kekal.

Pendarahan bawah lapisan konjunktiva biasanya tidak merbahaya atau menjejaskan keupayaan penglihatan. Sekiranya tidak ada kecederaan-kecederaan lain, mangsa akan dirawat sebagai pesakit luar. Manakala, pendarahan dalam bebola mata adalah serius dan menjejaskan tahap penglihatan mangsa. Mangsa perlu dimasukkan ke dalam wad untuk pengawasan rapi doktor pakar.

Pendarahan yang berlaku pada hadapan struktur mata hitam ('anterior chamber') boleh menyebabkan penglihatan mangsa turut terjejas. Pendarahan yang banyak boleh dilihat dengan mata kasar. Mangsa perlu menjalani rawatan di dalam wad bagi mengelakkan komplikasi seperti tekanan dalam bebola mata meningkat naik atau berlaku pendarahan kedua yang biasanya lebih teruk.

Pendarahan juga boleh berlaku pada struktur vitreous. Keadaan ini menyebabkan tahap penglihatan terjejas dan memakan masa untuk sembuh. Keadaan ini perlu diperiksa secara teliti oleh doktor mata bagi memastikan lapisan retina tidak turut terkoyak dan mengakibatkan komplikasi lain yang lebih serius.

Kanta mata juga boleh rosak sekiranya kecederaan yang lebih serius berlaku. Serpihan besi atau belerang yang menembusi bebola mata boleh mengakibatkan kecederaan pada kanta mata. Ini menyebabkan terjadi penyakit selaput mata atau katarak. Kanta mata menjadi keruh secara tiba-tiba atau perlahan-lahan bergantung kepada tahap kecederaan mata mangsa. Situasi ini pasti menjejaskan tahap penglihatan mangsa dan menyebabkan mangsa perlu menjalani pembedahan katarak. Semasa pembedahan, kanta mata asal yang telah rosak akan digantikan dengan kanta mata tiruan dan akan kekal di dalam mata mangsa sepanjang hayat.

Kehadiran benda asing dalam bebola mata seperti serpihan belerang, besi atau kaca merupakan perkara serius yang boleh menyebabkan buta dan perlu rawatan yang segera. Mangsa perlu menjalani pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan benda-benda asing tersebut. Keadaan ini juga biasanya turut menyebabkan kecederaan pada lapisan mata hitam (iris), kanta atau retina.

Keadaan ini akan menjadi lebih parah akibat kuman yang sedia ada pada bahan-bahan seperti batang besi, buluh atau botol-botol kaca yang kotor dan tercemar. Jangkitan kuman boleh merebak ke seluruh struktur bebola mata dan menyebabkan keadaan mata bernanah. Jika ini berlaku, keadaan mata adalah sangat kritikal dan boleh menyebabkan pesakit menjadi buta.

Keadaan bebola mata yang bernanah perlu menerima rawatan secara intensif terutamanya rawatan antibiotik. Pesakit juga mungkin perlu menjalani pembedahan vitrektomi bagi mengeluarkan nanah dalam bebola mata. Semasa pembedahan tersebut, suntikan antibiotik secara langsung ke dalam bebola mata mangsa akan dilakukan oleh doktor pakar mata. Rawatan ini bergantung kepada keadaan mata pesakit mengikut penilaian doktor pakar mata yang merawat mangsa.

Kecederaan yang paling mengerikan ialah struktur bebola mata hancur akibat mercun yang meletup betul-betul di hadapan mata mangsa. Kecederaan ini biasanya amat serius dan mangsa menjadi buta serta-merta. Keseluruhan bebola mata hancur sehingga sukar dikenal pasti struktur anatomi mata. Keadaan ini memerlukan pembedahan secara kecemasan dilakukan ke atas mangsa. Doktor pakar mata akan menjahit semula tisu-tisu yang koyak dan hancur berkecai. Pembedahan ini sukar dan memakan masa yang lama. Dalam jangka masa panjang, mangsa akan buta secara kekal. Bebola mata yang cedera dan telah menjalani pembedahan bagaimanapun tidak berfungsi untuk melihat.

Sekiranya kecederaan sangat serius dan seluruh tisu hancur sama sekali, doktor pakar mata tidak mempunyai pilihan yang lain kecuali mengeluarkan semua saki baki tisu bebola mata mangsa semasa pembedahan kecemasan tersebut. Selepas pembedahan, mangsa kehilangan seluruh bebola mata. Mangsa biasanya disarankan memakai mata palsu bagi mengelakkan dilema kosmetik pada masa akan datang.

Fenomena di atas sebenarnya ialah satu situasi yang boleh dielakkan oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia. Kesannya bukan sahaja kepada mangsa yang terbabit tetapi juga seluruh kaum keluarga yang terpaksa menghabiskan masa di hospital atau perlu berulang alik ke hospital untuk bersama-sama mangsa dalam menghadapi saat getir seperti ini.

Pencegahan

Larangan bermain mercun melalui media cetak, elektronik atau internet perlu diambil berat oleh semua pihak terutamanya oleh golongan muda dan kanak-kanak. Mereka perlu peka mengenai bahaya dan komplikasi yang bakal terjadi akibat bermain mercun. Mesej mengenai kecederaan mata dan kemungkinan buta akibat bermain mercun perlu diwar-warkan secara lebih berkesan di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.

Ibubapa dan anggota masyarakat disarankan memainkan peranan yang lebih efektif bagi membendung aktiviti bermain mercun sepanjang bulan Ramadan dan Syawal. Penguatkuasa undang-undang pula perlu lebih tegas membanteras dan membendung kegiatan penyeludupan dan penjualan mercun di seluruh negara.

Deria penglihatan yang baik di kalangan kanak-kanak dan generasi muda merupakan satu aset penting setiap individu yang merupakan permata negara. Bermain mercun di musim-musim perayaan begini ialah satu bentuk keriangan dan kegirangan yang bersifat sementara. Menjadi buta dan mempunyai kecacatan mata yang kekal perlu ditanggung oleh setiap mangsa sepanjang hayat mereka.

Bencana alam, peringatan kepada manusia

PADA minggu lepas, dunia dikejutkan dengan beberapa peristiwa gempa bumi, tsunami dan taufan kencang di beberapa tempat berlainan di seluruh pelosok dunia yang berlaku hampir-hampir serentak.

Antaranya termasuklah gempa bumi di Padang, Indonesia dan beberapa kawasan di Pasifik Selatan (seperti Kepulauan Vanuatu dan Kepulauan Soloman), taufan kencang Ketsana dan Parma melanggar Filipina serta tsunami yang melanda Kepulauan Samoa.

Bagi negara jiran Indonesia, episod gempa di Padang hanyalah sebahagian daripada cerita-cerita musibah alam yang tidak pernah sunyi melanda negara paling banyak gunung berapi itu.

Dari peristiwa letupan Krakatau yang menggegar bumi Sumatera (bunyi letupan direkodkan hingga ke Timur Tengah) lebih satu abad lalu hinggalah selang beberapa tahun terkini yakni tsunami yang melanda Kepulauan Aceh.

Menariknya, ketika berlaku gempa bumi di Padang tempoh hari, negara kita yang sepatutnya terkeluar dari “kawasan merah” Lingkaran Api Pasifik ini turut merasai impaknya dengan beberapa tempat di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Putrajaya dilaporkan dapat merasakan gegaran kecil.

Lingkaran Api Pasifik atau “plat gempa Pasifik” adalah kawasan yang kaya dengan gunung berapi dan terkait dengan pelbagai kejadian gempa di mana sebenarnya Malaysia bukanlah sebahagian dari kawasan tersebut.

Ilmu manusia terlalu tipis

Dari kejadian-kejadian bencana luar biasa yang berturutan ini, saintis-saintis terkemuka serta-merta dituntut untuk melampirkan kefahaman ke seluruh jagat penduduk dunia. Malangnya, tidak ada yang mampu atau dapat memberikan sebarang kefahaman mutlak.

Seorang pakar geologi dunia memberi komentar bahawa adalah mustahil untuk mereka membuat kajian dan kesimpulan yang hampir tepat. Ini kerana, ia memerlukan rekod pola gempa bumi yang beratus tahun dan lengkap – tentunya tidak dipunyai oleh mana-mana manusia sekalipun.

Buat seketika jika kita merenung dan bermuhasabah diri, alangkah ceteknya ilmu kita berbanding Allah SWT! Benar sekali firman Allah di dalam al-Quran Karim yang antara lain bermaksud seandainya manusia dan jin bergabung dan cuba menembusi tujuh petala langit, tidak akan dapat menembusi walau satu lapis pun!

Ternyatalah keagungan Ilahi itu tiada taranya berbanding dengan ilmu manusia yang terbatas. Pengetahuan kita sendiri selama ini yang mana Malaysia sepatutnya selamat dari kesan gegaran gempa bumi, malahan kelihatan tidak boleh terpakai lagi.

Peringatan buat manusia

Sebagai orang Melayu yang dipasak oleh agama Allah, hendaknya kita jangan leka dan selalu-selalu berfikir dan mengambil peringatan daripada kejadian-kejadian alam ini.

Daripada segi saintifik, tentulah kita cuba mencari aspek rasional dan pemahamannya tentang apa yang menyebabkan peristiwa-peristiwa sebegini berlaku. Misalannya seperti penjelasan pergerakan plat tektonik dan lain-lain keterangan.

Namun dari aspek rohaniah, mungkinkah kita harus terfikir yang ia sebahagian daripada peringatan Allah juga buat kita yang kemungkinan terlalu leka dengan nikmat duniawi? Sesungguhnya terdapat 1,001 hikmah di sebalik kejadian dan takdir-Nya jika kita benar-benar mahu berfikir.

Peringatan Allah itu boleh juga berlaku jika kita sendiri melakukan kerosakan pada alam. Tentu ada yang masih ingat beberapa kejadian tanah runtuh di ibu negara seperti Bukit Antarabangsa tidak lama dahulu? Dan ia berlaku gara-gara ketamakan, kerakusan dan sikap ambil mudah manusia terhadap alam.

Demikian pula apabila kita leka tanpa “berjiwa Islam” dan mendambakan sifat-sifat mazmumah seperti rasuah, tidak mengamalkan ibadah dan mentauhidkan-Nya serta pengamalan zina dalam masyarakat. Tanpa perlu ada undangan, akan sampailah “pengajaran halus” dari Yang Maha Esa!

Justeru, ambillah peluang ini untuk memperbaiki diri dan menjadi hambanya yang lebih baik dan bertakwa.

Dalam masa sama, kita jangan lupa tanggungjawab membantu sesama saudara seagama dan sebangsa kita di Padang. Di sebalik segelintir orang kita yang sedikit ‘terluka’ dengan isu tarian Pendet yang dimainkan oleh media Indonesia, jangan kita abaikan nasib sebahagian saudara di Indonesia yang tidak bersetuju dengan tindakan kurang ajar sejumlah kecil rakan-rakan mereka yang mudah dipermainkan sentimen akhbar yang mungkin ada kepentingan dan muslihat tertentu.

Janganlah hendaknya kita dipermainkan rentak “musuh dalam selimut” yang tidak pernah mahu melihat umat Islam bersatu padu dan kembali kepada ajaran-Nya yang mutlak dan hakiki.

Implikasi gugur pengenalan kaum, agama

BANGSA Malaysia jika dibentuk
Jati diri Melayu jangan diabai
Tengadahlah dulu sebelum terhantuk
Jangan bersorak kampung tergadai
Harta sehasta tinggal sejengkal
Begitulah nasib si Lebai Malang
Pengenalan kaum mestilah kekal
Jangan dihapus jangan dihilang

WAJARKAH ruang pengenalan "kaum" dalam borang-borang dan dokumen rasmi kerajaan digugurkan? Apakah implikasinya kepada bangsa Melayu? Bagaimanakah hendak memantau perubahan nasib (kemajuan?) orang Melayu dengan ketiadaan pengenalan kaum itu?

Bagaimanakah langkah-langkah affirmative hendak dirancang dan dilaksanakan untuk membantu orang Melayu yang serba-serbi masih ketinggalan itu jika tidak ada data yang lengkap?

Adakah pengguguran yang dicadangkan itu benar-benar boleh menyumbang terhadap matlamat gagasan Satu Malaysia? Atau adakah itu, tanpa disedari, hanya akan "mencairkan" jati diri Melayu untuk menjadi lebih "Malaysian" sementara jati diri pihak-pihak lain semakin kental dan menebal dengan sikap perkaumannya yang semakin eksklusif?

Itulah antara persoalan yang perlu dibincangkan dalam menilai ura-ura menggugurkan "ruang atau pengenalan kaum" dalam dokumen-dokumen rasmi kerajaan.

Mungkin telah banyak pertengkaran dan pertukaran fikiran atau perbincangan yang berlaku mengenai persoalan itu, sama ada dalam kumpulan kecil atau kumpulan lebih ramai dan sama ada melalui media cetak atau elektronik. Akhbar-akhbar berbahasa Inggeris (mungkin juga yang berbahasa Cina) memberi sambutan positif penuh ghairah mengenai ura-ura tersebut.

Tetapi, seperti dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia, beberapa NGO Melayu dan juga individu Melayu telah menyatakan kemusykilan dan tidak setuju terhadap ura-ura itu. Pendapat yang bercanggah (pro dan kontra) juga dapat dibaca pada halaman-halaman blog.

Satu perbincangan di kalangan pihak yang musykil dan sangsi mengenai ura-ura itu telah berlangsung di Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya pada 10 September yang lalu. Para peserta perbincangan terdiri daripada beberapa orang profesor dan profesor madya, pensyarah-pensyarah muda dan pelajar-pelajar peringkat sarjana. Yang menjadi pembicara utama ialah Senator Datuk Akbar Ali. Perbincangan tersebut diadakan oleh APM sebagai satu kegiatan utama PFTIM.

PFTIM ialah singkatan daripada Percambahan Fikiran Tentang Isu-isu Melayu iaitu kumpulan diskusi informal yang baru diwujudkan di akademi tersebut. Seperti dibayangkan oleh namanya, kumpulan ini bermaksud untuk membincangkan hal ehwal Melayu sama ada yang tersurat, yang tersirat atau yang tersorok.

Sempena penubuhannya pada 24 Julai 2009 yang lalu PFTIM telah mengadakan perbincangan secara rambang di bawah tajuk umum "Menilai Kedudukan Melayu Kini."

Tujuan utama sesi pertama PFTIM itu ialah untuk mengenal pasti pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu yang boleh dijadikan tajuk-tajuk khusus untuk sesi-sesi yang akan dagang.

Satu isu penting yang ditimbulkan ialah "kelemahan" dan "kemandulan" orang Melayu mengartikulasikan (mengenal pasti, merumus dan menyuarakan) isu dan kepentingan mereka. Para peserta menimbulkan betapa orang lain mempunyai badan-badan penyelidikan dan "tangki fikiran" (think tank) untuk memantau dan menyuarakan kepentingan masing-masing.

MCA misalnya, mempunyai sayap penyelidikan yang dikenal dengan nama singkatan INSAP (Institute of Strategic Analysis and Policy Research) yang boleh berbangga dengan kekayaan sumber kewangan dan keintelektualannya. MIC pula sering dikaitkan dengan Yayasan Strategik Sosial. Satu badan lain yang dikenal dengan nama singkatnya ASLI pernah mendakwa bahawa Bumiputera telah memiliki ekuiti kekayaan melebihi 50 peratus yang sengaja memutar belitkan pencapaian matlamat DEB.

Isu ketiadaan badan penyelidik untuk mengenal pasti masalah dan memantau kedudukan bangsa Melayu dari segala segi itu ditimbulkan kembali dalam sesi kedua PFTIM (10 September) yang dimulakan dengan lontaran pandangan dan analisis Senator Akbar.

Mula-mula Senator Akbar melahirkan kehairanan kenapa di peringkat awalnya tidak ada reaksi bangsa Melayu terhadap ura-ura menggugurkan pengenalan kaum pada dokumen-dokumen rasmi kerajaan itu, sedangkan orang lain memukul gendang mengalu-alukan ura-ura itu.

Secara tidak langsung Akbar berhujah bahawa "kesepian" suara bangsa Melayu terhadap isu-isu seperti itu adalah salah satu tanda (dan akibat?) ketiadaan (kemandulan?) badan-badan penyelidik yang memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu.

Sebagai seorang yang terlatih dan pakar di bidang statistik, beliau menyedari betapa mustahaknya "data" dan "fakta" dalam proses penggubalan, pelaksanaan dan pemantauan sesuatu dasar.

Antara lain beliau menjelaskan : "Jika syor menggugurkan pengenalan 'kaum' dan 'agama' diterima, maka "data field" tidak akan ada lagi dalam semua borang/dokumen rasmi seperti surat beranak dan kad pengenalan, juga akan digugurkan dari soal selidik seperti yang diguna pakai oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

"Bagi data yang beribu dan berjuta banyaknya, bagaimanakah ia hendak diproses untuk mengetahui profil atau taburan mengikut kaum dan agama? Tanpa maklumat seperti ini, bagaimanakah hendak menggubal dasar dan program yang berbentuk affirmative action seperti membasmi kemiskinan dan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi mengikut kaum, selaras dengan konsep 1Malaysia?

"Kesulitan seperti ini pernah berlaku semasa hendak merangka RMK-4 apabila syor yang sama dilaksanakan dalam tahun 1980- an. Penyiasatan Hakmilik (Ownership Survey) yang sebelumnya dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan serta-merta dibatalkan. Lantaran data mengikut kaum telah tidak dapat dibekalkan, maka EPU terpaksalah berfikir di luar kotak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan itu."

Selain itu Senator Akbar bertanya mengenai perkara-perkara yang lebih asas: "Apabila agama Islam, Melayu, dan Bumiputera tidak lagi diiktiraf dalam mana-mana dokumen rasmi, bagaimanakah hendak melaksanakan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan yang berkaitan dengannya seperti Perkara 3 (merujuk kepada agama Islam), Perkara 38 (Majlis Raja-Raja), Perkara 39 (Kuasa Perintah), Perkara 89 (Tanah Rezab orang Melayu), Perkara 90 (Tanah Adat di Negeri Sembilan dan tanah di Terengganu), Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan), Perkara 153 (Hak Istimewa Orang Melayu), Perkara 160 (Tafsiran Orang Asli & Melayu) dan Perkara 161A (Kedudukan istimewa Bumiputera Sabah & Sarawak)?

Dan dengan nada yang agak emosional Akbar menyindir: "Adakah syor tersebut dengan sengaja hendak menghapuskan identiti Melayu/Bumiputera dan segala hak serta keistimewaan yang berkaitan dengannya? Maka lengkaplah penghapusan identiti Melayu setelah hilangnya "Semenanjung Tanah Melayu."

Kesimpulannya: implikasi dan ramifikasi isu atau syor menggugurkan pengenalan "kaum" dan "agama" pada borang-borang dan dokumen rasmi kerajaan itu, tidaklah semudah yang diduga.

~~~BeFdAY~~~


hepy befday to you......

yea..ari ni 13 october adelah befday aku ke 22....

hepy befday....




Tuesday, September 29, 2009

~~~~~

Aku harap....
engkau akan sentiasa bergembira selalu
Walaupun ianya cuma tinggal sebuah kenangan...
Di antara kita berdua..

Aku masih ingat lagie........
Di satu petang yang indah
kita begitu gembira
berjalan berdua-duan
sambil berpimpin tangan
sepanjang jalan
dan...engkau kelihatan begitu cantik sekali
dengan senyuman mu yang manis itu ....!

Arrrggghhhh......!
Sebuah senyuman yang tidak dapat ku lupakan
Yang telah membunuh ku sehingga kehari ini!
dan menghalang ku..
Daripada mencintai wanita yang lain...!!

biarlah...

ape yang ingin dicoretkan ini merupakan satu kenangan dan pengalaman yang mungkin dijadikan satu pengalaman indah atau pengajaran masa depan... kisah lakonan atau percintaan...
yang pasti ianya hany hanyut begitu sahaja...dan semua ini slah aku..dan biarkan saje ape yang berlaku..sengaja mencari pasal dan akhirnya.... tak tau...aku tak psti jalanan sebegini yg terpaksa aku lalui..aku tau die begitu sayang pada aku ..adan ketika itu aku pun dah mula merasakan sesuatu ang sama..dan myb jiwa ini "not ready yet to couple"...atau ini satu alasan yang bodoh...hati mane yang mampu nk dengar alasan ini..dan akhirnya rebah begitu jer.... huhuhu...ape yang mampu aku buat...aku yang mula n then aku gak yg stop sume ni...berlagak atau hanye satu permainan...aku sendiri tak tau...

mungkin ari ni pun die masih tngu aku untuk bersatu kembali tetapi manusia semue ade ego yang tak mampu dipisahkan..aku myb ade ego a
ku...tak mau lagi dan berjanji ngn diri tak mau lagi merayu untuk cinta...dan die mungkin tidak akan merayu ngn aku untuk kembali kerana ego die... hari ini aku masih lagi menanti..aku tau die masih boleh terime aku dan sayang aku...biarlah..biarlah...dan biarlah..

mungkin esok ade sinaran mentari yang akan cerahkan kesuraman ari ini...sinaran esok akan terus memberikan aku tenaga untuk melangkah mencari dirimu....
buat diri MU disana...aku mintak maaf banyak banyak...tak mampu lagi nak jelaskan..andai antara kita masih ade jodoh ku tunggu dirimu jua...

AKU INGINKAN SENYUM DAN KERAMAHAN YANG BERKEKALAN BUKAN SEKETIKA...INSAN YANG MANIS BERMAIN DIMATAKU..TIADA TANGIS DIKETIKA ITU...

Sunday, August 23, 2009

~ alahai..H1N1..selsema BABI...~

selsema babi oh selsema babi..atau H1N1..dah teruk dah landa Malaysia..dan yang pasi 68 orang dah jadi korban..dan sume sekolah,IPT yang ader kes diarah tutup untuk elak penyakit ni berjangkit..
dan UTHM pun jadi mangse gak..dengarnye ramai gak student sini dah kena..dan sebab tu cuti mid sem diawalkan kepada 19hb julai (rabu)..jadi cuti panjang gak kita orang...
harap2 penyakit ni dapat dikawal secepat mungkin...

1.Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?
Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu :-

* Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)
1. Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran
2. Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI)
3. Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini
4. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.

* Common Cold
1. Disebabkan oleh berbagai jenis virus
2. Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/sakit tekak/gatal tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam
3. Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam masa 3-10 hari

* Pharyngitis / radang tekak
1. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak
2. Gejala utama adalah sakit tekak dan demam
3. Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti ubat demam/sakit tekak dan sebagainya

* Pneumonia/ jangkitan paru-paru
1. Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru
2. Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas
3. Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital

2.Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).
Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.
Lagi...

3.Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?
Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.
Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

4.Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web http://www.who.int/en

5.Apakah gejala virus ini?
Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

6.Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

7. Bolehkah saya dijangkiti virus H1N1 apabila memakan atau menyediakan babi?
Tidak. Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.

8. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:
* Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
* Berehat dan meminum banyak air
* Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
* Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
* Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
* Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
* Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
* Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan

9. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam
Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama..

10. Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?
* Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
* Adab batuk yang baik (cough etiquette)
* Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
* Pengudaraan dalam rumah yang baik
* Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
* Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
* Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
* Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
* Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
* Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

11. Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?
Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.
Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).

12. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?
Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.

13. Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ?
Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.

14. Bolehkah kita ke luar negara?
Buat masa ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin membuat perjalanan ke luar Negara terutamanya negara-negara yang terjejas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai semasa berada di sana.
Sekiranya anda jatuh sakit sama ada semasa berada di luar Negara atau setelah kembali ke Malaysia, segera dapatkan rawatan doktor.

15. Kawan saya baru pulang dari salah sebuah Negara yang terjejas, adakah beliau boleh terus hadir ke tempat kerja atau dikenakan tindakan kuarantin. Apakah yang patut saya lakukan sebagai rakan sekerja?
Sebagai seorang warga kerja yang bertanggungjawab, seseorang yang baru pulang dari luar Negara dan sihat tidak dikenakan tindakan kuarantin tetapi beliau perlu memantau kesihatan diri terutamanya gejala demam/batuk/sakit tekak/selesema.
Sekiranya individu tersebut berasa tidak sihat, beliau hendaklah berehat di rumah sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-4 hari atau sehingga beliau pulih.
Sementara itu pihak majikan perlu menasihati pekerja mereka yang mempunyai gejala influenza untuk tidak hadir bagi mencegah penularan penyakit ini berlaku di tempat kerja dan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.
Pihak majikan juga hendaklah melaporkan sebarang kejadian dalam kalangan pekerja bergejala influenza kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini. Pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza- like-illness juga berkewajipan untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

16. Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut
Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.
Sekiranya institusi/sekolah anak tuan tidak ditutup, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut

17. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?
Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

18.Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah?
Apabila sesebuah sekolah harian ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua kakitangan termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan serta pelajar dikehendaki untuk berada di rumah.
Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

19. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa?
Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

20. Bolehkah saya mendapatkan refund ticket sekiranya saya ingin membatalkan perjalanan ke Negara yang terjejas.
Sekiranya anda ingin membatalkan tiket penerbangan sila dapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor yang berdekatan. Perlu diingatkan bahawa individu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan influenza A(H1N1) yang lebih teruk.

21. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan (sustained human to human transmission)?
Penularan jangkitan influenza A(H1N1) berlaku secara berterusan dalam kalangan manusia dan punca jangkitan tersebut tidak dapat dikenalpasti

22.Apakah yang dimaksudkan dengan Fasa Mitigasi
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.
Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

23.Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan tombol pintu)?
Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.

24.Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?
Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimia pemusnah kuman, termasuk klorin, hidrogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.

25.Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan.

26.Adakah pekerja asing yang baru pulang daripada tanah air mereka perlu menjalani saringan atau pemeriksaan kesihatan?
Tidak. Pihak majikan perlu menasihatkan mereka untuk mengamalkan langkah pencegahan dan memaklumkan kepada majikan jika mengalami gejala influenza-like illness.

**PerCuTiaN** : )








hahaha..percutian..percutian yang ni aku join dengan kelab fotografi..asalnye utk members club only but tak ramai yang nak join program, so aku boleh nak join...
kite orang pergi ambikgambar di bukit bintang, bukit tinggi , the curve damansara and putrajaya..i'm really hepy thz program...best sangat ler...
kita orang bertolak 31 july dan balik kampus 2 august...
so, mase kat sane stay kat kolej akasia, UITM...harap2 pas ni boleh lagi join program cam ni...

Tuesday, July 14, 2009

sajer jerrr











ARTI KEHIDUPAN

adakah seorang insan yang mengerti..
apakah arti kehidupan ini…
pernah kucari arti cinta sejati
namun yang kutemui hanyalah mimpi..
suatu mimpi kosong yang tak bertepi
apakah salah hati ini
ingin memiliki sebuah cinta sejati..
apakah arti sebuah persahabatan sejati
apakah itu juga sebuah mimpi..?
jika benar,
apalah arti semua ini..
sudah banyak hari kujalani
tanpa suatu tujuan yang pasti…
semua seakan hanyalah ilusi..
ilusi yang tiada memiliki arti
namun akhirnya satu hal kusadarihanya
Tuhan yang sungguh mengerti,
tentang semua arti kehidupan ini..
kekosongan hati ini
tidak lagi diisi dengan benci..
tak ada yang lebih murni
dari kesucian cinta Ilahi

Monday, July 6, 2009

hai...

suasana kat rumah pakcik yang meninggal tiba2..
gi main kat sungai..

saudara sebelah umi lumpuh sakit tua..


dah lamer dah cuti dah..so hari ni dah mula dah kuliah..macam2 nak kena satel kuliah ni..biasa lah register sbjek x satel lg...susah betul..



time cuti ari tu pun bosan gak tak tau nak buat aperr..



biase laa cuti oanjang sangat..



tp yang paling takut pasal umi...dianosis umi pasal ketumbuhan tak pasti lagi camner...



ari tu dah nk operate tp doktor sengal buleh pulak gi cancel buat pembedahan ambik spesimen hntar kt lab jerrr..



result lab ambik mase 4 minggu...so,nk operate tak tau biler lagi...myb lame lg kot...



risau ni takut kanser..tp doktor ader suspek kanser rahim...aaaaaaaaa....



apepun..life must go on...






macam2 hal time cuti ni...



harap2 sem ni dpat handel ngan baik cam sem lepas..

Monday, May 4, 2009

akhirnyer......



dah lama
rasenya tak jenguk blog ni.. dah beberapa minggu dah tak tulis kat sini.
maklumlah baru je habis paper exam semalam.. apepun sem ni dah berakhir dah..
dan yang tinggal nk tunggu result sem ni aje.. dan beberapa result dah keluar
dah.. antaranya




CAD
B+


MAKMAL
3 A


MAKMAL
4 B


KOKO A


AMALAN
3 A-


STATISTIK A-


TITAS B+




dan yang
duk tunggu lagi technical writing, creativity and innovation dan mekanik
mesin..


apepun
harapnyer sem ni dapat pointer hebat..nak cover pointer sem lepas yang teruk
giler tu...




dan
harapnyer gak sem depan cam sem ni gak dan lebih baik...




malam ni
aku balik kampung..dah cuti dah..hampir 2 bulan gak cuti
ni..


so..byeeeee




Thursday, April 23, 2009

mek sha

mat ayeh..


x ade yang best...

hari ni dah masuk
24 april 2009...pukul 12.25 am...
sekarang ni musim
final exam dan pukul 9.00 am tadi dah lepas dah paper tamadun islam
atau titas..walaupun objektif tapi boleh tahan gak soalan yang
menyakitkan..tembak tak brape kene ni..
aku baru je balik
dari kampung hari rabu lepas 22 april,,lepas present titas khamis lepas, malam
tu aku balik kampung..boring duk sini..dan aku pulak dapat offer
utk interview bagi MUNSYI test bagi kemasukan ke USM... aku ade apply gak
ari tu...
5 hari balik
kmpung best gak..tengok anak sedare...ingat nk study tp dah balik kmpung of
course duk rileks je...
lap top ni x habis2
ngan masalahnye...nasib baik smalam aku berjaye format..kalo tak melayang pulak
30 ringgit...x tau ape masalah die duk shutdown je ni..
ade 3 paper final
lagi nak kena jawab..
dan result autocad
dah kluar dan aku dapat B+ je..ramai yg dapat A ngan A-..tapi x kisahlah cad ni
aku benci dari dulu lg... yg aku duk risau lg ni psal lab...
U ni pun duk tngh
pening, nasib baik name aku x de lagi kluar utk pertukaran hstel..dan yg pasti
smue mmber aku kena tukar taman kelisa dan taman u... nasib baik aku
terselamat...
yang pasti dah
ramai duk rancang nak duduk rumah sewa..tak tahan oh... jauh giler hstel ni ngan
kmudahan tak ade lagi ni...
sape2 yang join
blog ni nak chat ngan aku kat googlechat..email ku
kgkelar@gmail.com...

Saturday, April 4, 2009

Petanda Jatuh Cinta…

Kamu berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam dan baru saja beberapa minit selepas kamu putuskan talian kamu sudah mula merinduinya…

Kamu membaca SMS si dia berulang-ulang kali…seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan mu

Bila bersama dengan si dia kamu berjalan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat tujuan…ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.

Kamu menjadi seorang yang terlalu pemalu bila bersama dengan si dia. Malu-malu kucing gitu…

Bila kamu memikirkan si dia hati mu sentiasa berdebar-debar dan jantung mu berdegup dengan laju…mengalahkan kereta F1 gitu…

Kamu tersenyum lebar bila kamu mendengar suara si dia…mungkin lewat telefon atau walaupun di sebalik tembok…mana tau sekolah si dia berjiran dengan sekolah kamu

Ketika kamu melihat dia tiada wajah lain lagi yang kamu lihat di sekeliling mu…hanya dia dia dan dia…iskk kronik sudah ni…..

Kamu mula melayan lagu-lagu sentimental sambil membayangkan wajah si dia…Lagu Ayat-ayat Cinta pun di layan eh…

Kamu hanya memikirkan tentang dia saja…siang malam…jangan lupa makan minum tidur dah la yer…

Haruman badannya sangat terkesan kepada kamu…seolah-olah di mana saja kamu pergi bau itu menemani kamu membuat kamu semakin merindui dia…

Kamu sedar yang kamu tiba-tiba tersenyum lebar bila saja wajahnya bermain dibenak mu…

Kamu sanggup lakukan apa saja untuk si dia…ehemm…ingat jangan sampai menyalahi hukum agama okay…

Ketika kamu membaca post ini…hanya wajah dia saja yang bermain di benak mu…hah dia la orangnya yang kamu cinta tu

dah abis...

minggu ni minggu terakhir semester ni.. dan masuklah study week and final exam...
jadual exam aku...
23 april titas
27 april pagi technical writing
petang statistic
4 mei mesin

esok ade presentation mechanic mesin pas tu esok dan lusa utk exhibition creativity and innovation kat dtii..booth 36...

hari khamis pulak present project autocad dan technical writing dengan no giliran 35 tak tahu bile kena present...

maybe 5 mei atau 4 mei aku akan balik kampung...
bermula cuti 2 bulan lebih...

Friday, March 13, 2009

AYUNAN RASUK TANPA REDAMAN

NI PULAK UNTUK CONTOH LAPORAN AYUNAN RASUK TANPA REDAMAN....
UNTUK LAB MECHANIC OF MACHINES

http://www.mediafire.com/?sharekey=7b9575f4660854e690a82c7bb0fad7adce37cca18b7046995621d66e282a0ee8

TITAS

AKU BARU JE BALIK PRESENT TITAS. PART AKU PUNYE ETIKA SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM...
LEGA DAH ..BENDA DAH LEPAS.. LEPAS NI ADE LAGI SATU PRESENT BUT JUST ONLY TWO PRESENTER N ONE GROUP. SO, ITS MEANS THAT AKU TAK PAYAH NAK PRESENT...

AKU SHARE AKU PUNYE TITAS KAT SINI...

http://www.mediafire.com/?sharekey=7b9575f4660854e690a82c7bb0fad7adeff09ce16a3b2610ce018c8114394287

Friday, March 6, 2009

dandang marcet(marcet boiler)

ini merupakan makmal kejuruteraan 4 bagi termodinamik 1..
eksperiment yang pening kepala..
apepun repot ni boleh dijadikan rujukan...

http://www.mediafire.com/?sharekey=7b9575f4660854e690a82c7bb0fad7ade45247c8c297c1835621d66e282a0ee8

silinder nipis...(thin cylinder)

aku nak kongsi repot makmal mekanik pepejal
silinder nipis atau thin cylinder...
ini untuk lab 3 kursus BDD..

so, kalo nak rujuk tu ok lah tapi tak semestinya repot ni perfect pun...
ni dia download kat sini...


http://www.mediafire.com/?sharekey=7b9575f4660854e690a82c7bb0fad7ad102b2421f58d1245b8eada0a1ae8665a

dah mac dah

dah lame betul tak masuk blog ni..dah nak dekat sebulan dah.. macam macam dah sebulan ni..
minggu depan dah masuk minggu 10 dah..jadi ada baki sebulan lebih dah nak habis sem ni..dah tak sabar nak hadapi sem yang serabut ni..
hari isnin ni cuti mulidul rasul dan esok aku nak pergi kuala lumpur ade majlis pertunangan abang aku...tpi mngu depan ade banyak masalah

1.present titas yang tak faham sangat tajuk ni
2.maybe kena present cni but still not sure..a new schedule will be display on next week...
3.present mechanic of machines...
4.lab report...
5. milling, lathe and edm lab still under progress.
6. test 2 for statistics, autocad and mechanic of machines
7.report our group project...technical writing, cni, autocad and titas...
8.koko business program...
9..very important part..final exam

yang dah lalu dah...
1.presentation technical writing i just got 19/30...
2.test 1 mechanic of machines(full marks)(20/20)
3.test 1 statistic (12.5/15)
4.test 1 autocad(practical 8/10) and theory(x tahu lagi tapi confirm teruk)

banyak kena sabar sem ni..dah penat giler 17 kredit...
banyak benda aku akan kongsi untuk bulan ini...yang sangat bermanfaat especially to all mechanical fkmp student..
ok byeeee

Tuesday, February 10, 2009

cerita je...


selepas tiga hari wireless kat sini ade problem, ari ni dah terbukti aku dah dpt connect intrnet...

minggu ni ade test 1 mechanic of machines.. minggu depan untuk autocad ngan statistic...

tadi baru je lepas oral test untuk lab dynamic... ape punn.. yang pasti aku bakal duduk sorang dalam bilik ni sebab roomate aku dah keluar dah pergi sambung diploma dia kat politeknik... member aku sorang lagi duk apply degree kat MIAT unikl..
apepun maybe rezeki aku kat sini kot.. degree aku ade lagi 2 tahun...
panjang lagi kan...

aku baru je ambik printer HP aku semalam buat tank CISS.. dah kena $250... tapi ok lah tu..boleh guna dah puas hati lah tu...

oh yea.. kat sini gak aku nak kongsi beberapa gambar time cuti akhir ari tu....