~**suka suka**~
khas untuk semua yang sudi mengenali blog ini...satu penghargaan buat sesiapa sahaja yang mampu buatkan aku gembira...enjoy...
Friday, December 16, 2011
sorotan 2011 part 1
Thursday, December 30, 2010
post terakhir tahun ini..ByEEEE.2010...
assalamualaikum....
Monday, December 27, 2010
~~proJek SarjaNA MudA~~fiNaL YeaR pRoJecT~~~
assalamualaikum....
Sunday, December 12, 2010
~~~bOhSaN ooo BoHsaN~~~~
wat pertama kali duk main microscope electron..menarik gak..sebelum nii duk tngok org maen main jerr..
....ICT shah alam..sinaraan cahaya yg xhpening pn...indah khabar dari rupe...
pak tam...black n dark...tp cute beb...hitam itu menawan...
mencari ketenangan di tepi pantai..walopun xberape tenang tp tempat tu jer yg nampak cam menarik...
Thursday, December 9, 2010
~~KeNapA pERlu BerULanG kIsaH laLu~~
Sunday, December 5, 2010
exam lagi...
cerita PERUT oh PERUT...
SAKIT perut jangan diambil mudah. Mungkin ramai d
aripada kita bila sakit perut anggap ia tidak serius dan biar hilang sendiri.
Kalau berubat pun memadai dengan menyapu minyak angin atau ambil ubat gastrik.
Tetapi hakikat yang perlu disedari ialah ia mungkin sebahagian daripada petanda awal kanser perut. Ini merupakan kanser ketujuh paling lazim dialami oleh lelaki dan kesepuluh paling lazim bagi wanita di Malaysia.
Berdasarkan statistik, kes kanser perut di negara ini telah meningkat berkali ganda sejak.
Statistik 2006 oleh Institut Kanser Kebangsaan menunjukkan kaum Cina mewakili 61. 7 peratus daripada pesakit kanser perut. Ini diikuti Melayu (25.9 peratus) dan India (12.4 peratus).
Pakar Perunding Gasteorologi Hospital Pusat Kanser Kebangsaan Tokyo, Je
pun, Dr. Tekeshi Sano berkata, ramai tersalah anggap mengenai sakit perut sebagai masalah kesakitan biasa ekoran tersilap makan atau terlambat makan.
''Keadaan tersebut sekiranya dibiarkan berlarutan, ia akan memberikan kesan sehingga membawa maut,''katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Kongres Ketiga Kanser Gastroesofageal di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Menurut Dr. Sano, jika seseorang mengalami sakit perut lebih daripada dua kali seminggu secara berterusan ia kemungkinan mereka diserang kanser perut.
''Pemeriksaan awal penting untuk mengenal pasti atau mengesan kanser pada pesakit.
"Walaupun tidak ada gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser perut, namun penyakit ini boleh menyerang tanpa
sebarang tanda.
''Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan atau ujian,'' ujar be
liau.
Jelas beliau, melalui teknologi moden, kanser perut boleh dik
esan tanpa perlu membuat pembedahan dan juga cepat.
''Kanser perut ini boleh dikesan menggunakan kaedah endoskopi. Satu tiub dengan lensa video pada hujungnya yang dimasukkan ke dalam perut menerusi mulut ataupun dubur.
''Menggunakan kaedah ini, keseluruhan dinding boleh diperiksa. Contoh tisu di tempat-tempat yang disyaki akan diambil untuk menentukan kehadiran sel barah itu'.
ade kaitan ker gambar niii
Proses itu tidak menyakitkan kerana pesakit akan diberikan dos pelali terlebih dahulu.
Bagaimanapun, terdapat juga yang membuat secara terangan di mana satu alat sebesar jari kelingking akan dimasukkan melalui mulut.
Katanya, mereka yang menjalani rawatan tersebut dikenakan caj yang minimum kerana ada subsi kerajaan.
Kata Dr. Sano, sekiranya terdapat sel yang menyebabkan kanser dan masih di peringkat awal, pembedahan tidak perlu di lakukan.
''Ia boleh dikeluarkan menggunakan endoskop, bagaimanapun sekiranya berada di tahap yang serius pembedahan susulan akan dilakukan bagi mengelakkan keadaan semakin kritikal", kata beliau lagi.
Malah jangka masa untuk membuat rawatan itu juga tidak terlalu lama iaitu selama 10 hingga 20 minit.
Bagaimanapun sekiranya pesakit berada ditahap yang kritikal iaitu peringkat tiga dan empat ia mungkin sukar untuk dirawat.
''Rawatan bagi mereka ini lebih kepada radioterapi ataupun kemoterapi. Jalani pemeriksaan awal kerana ia boleh dikawal secepat mungkin," katanya.
Cara mengawal kanser perut
- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Apa yang anda makan dan cara makan amat penting. Makanlah secara sederhana, pada waktu yang ditetapkan dan makanlah dengan tenang.
- Kekalkan berat badan yang sihat. Masalah pencernaan boleh terjadi tidak kira berapa berat badan anda. Tetapi, pedih hulu hati, kembung dan sembelit lebih ketara di kalangan mereka yang terlebih berat badan.
- Senaman aerobik yang meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung juga merangsang aktiviti otot-otot usus, membantu untuk membuang sisa-sisa makanan melalui usus anda dengan lebih cepat. Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti aerobik setiap hari.
- Kawal tekanan. Tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap sakit jantung dan strok, melemahkan sistem ketahanan anda dan boleh mencetus atau memburukkan lagi masalah kulit yang dialami. Ia juga meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan sistem pencernaan.
- Disebabkan tekanan merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan bagi kebanyakan orang, cara terbaik adalah mengawalnya dengan berkesan.
- Salah satu langkah paling mudah dilakukan ialah dengan mengamalkan diet berkhasiat, dapatkan rehat secukupnya, lakukan senaman dan rehat dengan cara-cara yang menyihatkan. Jika anda bermasalah untuk berehat, anda boleh mengambil meditasi, yoga atau tai chi.- sumber utusan malaysia