Wednesday, January 13, 2010

2010....

Banyak insiden yang kurang menyenangkan berlaku dalam tempoh 10 hari pertama tahun 2010. Kebanyakan insiden itu menguji kebijaksanaan dan rasional kita untuk menanganinya. Sesetengahnya begitu mencabar kekuatan kita sebagai umat Islam.

Umat Islam di negara ini bukan sahaja berhadapan dengan cabaran dan tekanan pihak luar, malah juga dari dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Terdapat pelbagai isu termasuk masalah sosial, jenayah dan kegiatan tidak bermoral yang terus menghimpit dan memerlukan tindakan berkesan dan berterusan.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku menyebabkan umat Islam sentiasa diperhatikan dan didorong untuk bertindak mengikut apa yang diharapkan oleh pihak tertentu terutama dalam isu-isu yang menyentuh akidah, kepercayaan dan budaya yang rapuh.

Justeru, belum pun dapat dipastikan siapakah yang melakukan tindakan yang tidak sewajarnya itu, maka terus sahaja pihak tertentu menuding jari, termasuk kepada pihak berkuasa dan kepimpinan negara.

Tindakan segelintir mereka yang melakukan sesuatu yang tidak wajar itu jelas mendapat reaksi cukup hebat daripada pelbagai pihak termasuk pihak luar. Ia sekali gus menunjukkan kegagalan kita untuk belajar daripada pelbagai tekanan dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam sejagat selepas peristiwa 11 September 2001.

Sikap tergesa-gesa, marah, ganas dan pelbagai lagi yang dilakukan oleh segelintir mereka yang mengaku sebagai Muslim telah membawa kesan buruk yang tiada kesudahan kepada umat Islam sehinggakan di mana sahaja, mereka dipandang sinis dan dengan mudah pula menjadi ikon keganasan.

Umat Islam terus dijadikan kambing hitam dalam banyak insiden yang berlaku. Barangkali dalam sejarah manusia, tidak ada kumpulan manusia yang lebih dicurigai dan menghadapi tekanan sebegitu rupa, walaupun ada kes-kes terpencil yang turut berlaku di beberapa tempat lain. Ini diburukkan lagi dengan peristiwa kekejaman dan kehancuran tamadun umat Islam seperti di Palestin, Bosnia Hezergovina, negara-negara miskin di benua Afrika dan negara-negara Asia Barat lain yang sering menarik perhatian kita.

Tidak kurang juga dengan wajah-wajah menyayat hati kemiskinan dan kebuluran di negara-negara dunia ketiga yang berpunca daripada peperangan dan pertelingkahan sesama sendiri. Umat Islam terus melalui pelbagai tragedi kemiskinan, peperangan sesama sendiri, pergaduhan dan lain-lain yang dijadikan bahan paparan dengan persepsi yang amat buruk terhadap Islam.

Lihatlah bagaimana persepsi keganasan oleh pihak lain yang menukar pengganas menjadi watak wira sehingga pemimpinnya dipilih menerima Hadiah Keamanan dalam isu Palestin.

Kemarahan dan keganasan yang ditunjukkan oleh umat Islam di serata dunia, walaupun atas nama mempertahankan diri dan berjuang untuk kedaulatan ummah tidak mengubah apa-apa, selain menambah buruk lagi keadaan.

Kebencian dan kemarahan yang ditunjukkan hanya seperti anjing menyalak bukit yang akhirnya kehilangan suara, manakala bukit terus tegak dengan angkuh dan gagah sekali.

Ini dapat difahami dengan mudah jika secara rasional, kita dapat memikirkan sebab-sebabnya. Thomas Friedman, kolumnis akhbar The New York Times dan pernah memenangi tiga kali Pulitzer Prize dalam buku yang merupakan siri tulisannya dalam akhbar tersebut bertajuk Longitudes and Atitudes: Exploring The World Before and After September 11They Hate Us! They Need Us!". Beliau juga menulis: "…one reason no alliance has formed against America yet is that, while resentment of America is rife, particularly among European elites, the attraction of America - its culture, universities, movies, food, clothing, and technologies - is just as strong, and today no power in the world can balance it…" (2003) menulis: "

Jelas sekali, puncanya adalah kelemahan umat Islam itu sendiri sehingga mudah untuk diperkotak katikkan. Walaupun umat Islam di sesetengah negara begitu kaya, namun ia gagal untuk bangkit menyaingi apa yang telah dibangunkan oleh pihak lain.

Selain itu, walaupun terdapat kekuatan dan pencapaian umat Islam dalam pelbagai bidang sekarang ini, namun pencapaian yang dilakukan kerap kali dipandang sebelah mata.

Jika benar kejadian merosakkan gereja dilakukan oleh pihak yang mendakwa sebagai penganut Islam, maka mereka itu adalah orang-orang tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan bertindak sewenang-wenangnya mengikut emosi sendiri yang sebenarnya menjadi nilai universal yang boleh berlaku di mana sahaja termasuk dari dalam kalangan penganut agama dan kelompok lain juga.

Sehubungan itu, umat Islam harus berhati- hati dalam setiap tindakan yang dilakukan. Mereka harus bertindak dengan penuh bijaksana dengan menggunakan pelbagai saluran sah yang ada serta melihat sesuatu isu dengan pemikiran yang mendalam, dari pelbagai sudut secara rasional dan ilmiah, bukan semata-mata menggunakan emosi yang membuak-buak yang akhirnya menyebabkan keseluruhan umat Islam sekali lagi dijenamakan dengan keganasan, kejahilan dan kejumudan minda.

Tugas utama umat Islam hari ini jauh lebih besar daripada melakukan tindakan-tindakan provokasi yang menambah buruk keadaan. Jihad sebenar adalah bagaimana untuk meningkatkan martabat ummah dan membangunkan satu tamadun yang dihormati dan disegani dalam semua aspek.

Selagi umat Islam tidak berusaha untuk menolong dirinya sendiri, bersatu padu dan bertindak sebagai orang yang berilmu, maka selagi itulah, ia akan mudah dipermain-mainkan dan diperkotak katikkan. Sekarang adalah masa untuk bekerja dan mengambil tindakan-tindakan yang berkesan dalam menangani nasib dan isu-isu yang melanda umat Islam hari ini. Usaha-usaha dan tenaga kita harus ditumpukan untuk menjadi umat yang kuat dan berupaya bersaing dalam semua segi sama ada ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan sebagainya.

Keganasan tidak harus dilawan dengan keganasan. Keganasan dan perbezaan pendapat harus ditangani dengan kebijaksanaan pemikiran dan tindakan-tindakan yang dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan strategik.

Pada masa yang sama, umat Islam perlu mengukuhkan iman dan akidah yang makin tergugat dengan pelbagai budaya dan amalan yang menyesakkan nafas.

Umat Islam juga harus bangun untuk menjadi yang terbaik dalam apa jua yang dipegangnya. Jika seorang pelajar, dia harus menjadi pelajar paling cemerlang. Jika seorang pengkarya, dia harus berupaya menjadi karyawan ternama. Jika seorang ahli politik, maka ahli politik Islam haruslah unggul pemikiran dan tindakannya perlu selaras dengan tuntutan Islam. Begitu juga dalam hal-hal lain.

Selain itu, umat Islam harus melihat perkembangan yang berlaku ini dengan serius dan belajar daripada nasib mereka yang berlaku di seluruh dunia, paling tidak dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini. Jihad ini jauh lebih besar iaitu membangunkan ummah secara keseluruhannya, menguasai ilmu dan teknologi dan bijaksana dalam setiap tindakan yang dilakukan.

Cabaran sebenar adalah bagaimana untuk menolak tanggapan bahawa umat Islam itu ganas, kepimpinan Islam tidak rasional dan meyakinkan semua pihak bahawa ia hanya berasaskan prasangka buruk yang boleh mengkucar-kacirkan umat dan negara.

Kita tidak wajar bermain api, kerana jika terbakar semuanya akan musnah dan menjadi abu. Sebaliknya bersatu dan mengambil tindakan-tindakan mengukuhkan umat dengan menjalankan kewajipan membangunkan masyarakat dan negara secara bijaksana walaupun mempunyai pandangan yang berbeza serta digugat oleh pelbagai pihak untuk menjamin kedaulatan negara.

Pada masa yang sama, kita tidak boleh menggadaikan maruah dan kesucian agama yang teguh terpelihara. Inilah yang akan memastikan kelangsungan nasib umat pada masa hadapan, bukan dengan melayan provokasi untuk bertindak di luar batas kemanusiaan.

PENULIS ialah Timbalan Pendaftar di Pejabat Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia.

mental oh mental

Laporan akhbar harian Kosmo! bertarikh 27 November 2008 menyebut bahawa Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pesakit mental, diabetes dan obesiti di kalangan orang dewasa paling tinggi di negara ini. Kes terbaru yang berlaku di negeri itu adalah di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.

Dalam kejadian penuh tragis itu, empat nyawa melayang dipercayai angkara perbuatan kejam seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga mangsa. Lelaki yang disyaki terlibat dalam pembunuhan tersebut, Rashidi Ismail, 34, akhirnya ditahan polis di Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 4.05 petang, 6 Januari lalu.

Kesemua mereka yang dibunuh itu adalah bapa, adik perempuan, datuk dan nenek kepada Rashidi. Lebih menggerikan apabila kepala salah seorang mangsa dibawa ke Shah Alam untuk ditanam di tanah tinggi berdekatan sebatang parit di hujung Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Meneliti kes itu, mungkinkah ia satu kebetulan atau satu kenyataan yang mengiyakan bahawa Negeri Sembilan memiliki sejumlah pesakit mental paling ramai di negara ini? Sehingga hari ini, kita masih belum tahu sama ada Rashidi mengalami masalah gangguan mental, berada di bawah pengaruh dadah atau sebab-sebab lain. Namun daripada apa yang diceritakan oleh adiknya, Siti Mariam bahawa abangnya pernah putus tunang sebanyak dua kali dan tidak bekerja boleh menjadi sebab Rashidi diserang kemurungan sehingga mendorongnya bertindak kejam terhadap keluarga sendiri.

Menurut laporan Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga pada 2006, antara punca gangguan mental adalah kemurungan. Ia dijangka menjadi punca utama penyakit mental menjelang tahun 2020.

Kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang banyak berlaku tetapi kurang didiagnosis sehinggalah pesakit menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi. Hampir kesemua pesakit yang murung mengalami episod mood yang rendah dan hilang minat untuk melakukan aktiviti yang digemarinya sebelum ini.

Pesakit yang dilanda kemurungan juga sering mengalami kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian dan mungkin juga menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga dan rakan serta cubaan membunuh diri. Kesemua faktor itu juga boleh menjurus kepada satu perlakuan yang ganas termasuk membunuh.

Pakar psikiatri dari Kedah Medical Centre (KMC), Dr. Wan Mohd Rushdi Wan Mahmud berkata, seseorang yang berada dalam keadaan di luar sedar mampu melakukan perbuatan yang pelik, luar biasa, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Menurutnya, mereka yang betul-betul buat (perbuatan kejam) adalah mereka yang telah lama mengalami gangguan jiwa. Biasanya, individu terbabit sudah sampai ke peringkat teruk atau psikotik sehingga kerap mengalami halusinasi.

Katanya, apabila seseorang mengalami halusinasi, mereka seolah-olah mendengar suara-suara tertentu yang sebenarnya tidak wujud.

Beliau berkata, suara-suara itu pula biasanya menyuruh mereka melakukan sesuatu yang kadangkala tidak masuk akal.

"Ada suara yang menyuruh individu terbabit membunuh diri atau mencederakan atau membunuh individu tertentu yang dianggap mengancam keselamatan mereka.

"Dalam hal ini, individu terdekat seperti ahli keluarga sama ada ibu, bapa, adik-beradik, sepupu, datuk, nenek atau saudara mara kerap menjadi mangsa," ujarnya.

Beliau menjelaskan, suara-suara 'ghaib' itu muncul daripada kepercayaan-kepercayaan salah terhadap sesuatu perkara. Misalnya, pelaku mempercayai ada orang mahu membunuhnya dan kepercayaan itu mendorongnya membunuh individu tersebut sebelum dirinya menjadi mangsa.

"Pelaku merasakan lebih baik bunuh orang itu dahulu, sebelum orang tersebut membunuh dirinya. Inilah bisikan yang sering kedengaran di telinga mereka," katanya.

Selain itu, katanya, mereka yang mengalami gangguan mental kerap merawat diri sendiri dengan mengambil dadah-dadah tertentu dan ia menjadikan gangguan yang dialami bertambah teruk.

"Penggunaan dadah seperti ice, syabu, heroin dan morfin akan menyebabkan mereka kerap membayangkan benda-benda pelik dan keadaan itu lebih mendorong mereka bertindak di luar kebiasaan,"tambahnya.

Mengulas sebab-sebab yang mendorong seseorang melakukan perbuatan di luar kebiasaan, beliau berkata, semua jenis tekanan sama ada di tempat kerja atau di rumah boleh mendorong mereka bertindak ganas.

"Lebih memburukkan keadaan jika sejarah keluarga menunjukkan ada di kalangan mereka pernah mengalami gangguan mental," katanya.

Memandangkan kes gangguan mental dilaporkan semakin meningkat, beliau mencadangkan agar rawatan terhadap gangguan mental dimasukkan ke dalam polisi insurans.

"Di negara kita, tiada perlindungan insurans untuk rawatan gangguan mental. Ini menyebabkan tidak ramai yang mahu merujuk kes mereka kepada pakar psikiatri. Saya yakin jika pihak insurans memasukkan rawatan gangguan mental di dalam polisi mereka, lebih banyak orang akan tampil mendapatkan rawatan," tambahnya.

Perunding Psikologi, Khairul Anuar Masuan berkata, terdapat dua faktor yang menyebabkan stres iaitu dalaman dan luaran.

"Faktor dalaman menyaksikan emosi seseorang tidak kuat, misalnya takut melihat darah. Jika jiwa dia kuat, melihat darah bukanlah satu masalah kepadanya.

"Faktor luaran pula melibatkan seseorang kerap memikirkan perkara yang sama berulang kali. Sehinggakan bangun tidur pada waktu pagi pun dia boleh teringatkan perkara itu. Malah, ada yang terbawa-bawa di dalam mimpi.

"Keadaan itu, jika tidak dirawat boleh membawa kepada kemurungan dan kesan daripada itu, mereka boleh berhalunisasi sehingga bertindak di luar kebiasaan," ujarnya.

Beliau mengakui jumlah pesakit yang mengalami gangguan mental semakin meningkat. Justeru, pelbagai pihak perlu bekerjasama menanganinya.

"Saya nasihatkan cuti hujung minggu digunakan dengan bijak agar segala tekanan yang bersarang di dalam diri sepanjang minggu itu dapat dilepaskan.

"Riadah bersama keluarga atau melakukan aktiviti luar yang digemari boleh membantu mengurangkan tekanan," ujarnya.

Apapun persepsi orang ramai terhadap kes terbaru yang menggemparkan itu, ia bukanlah lebih menjurus kepada siapa dan negeri mana paling banyak terlibat dalam permasalahan berkaitan kesihatan mental. Apa yang perlu dilakukan adalah masalah kesihatan terutama yang bersangkutan dengan mental hendaklah ditangani segera supaya sebarang bentuk tekanan, kemarahan, keganasan, kemurungan dan bunuh diri dapat dielakkan.

Langkah yang lebih proaktif dalam menangani masalah itu juga wajar dilakukan dari sekarang memandangkan laporan daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 mendapati kes gangguan mental meningkat hampir enam peratus berbanding kajian yang sama dilakukan kira-kira 10 tahun lalu.

Statistik daripada kajian itu juga mendapati kira-kira tiga juta daripada 26 juta penduduk negara kita mengalami gangguan mental.

Di peringkat antarabangsa pula, kira-kira 450 juta orang di seluruh dunia dikesan mengalami gangguan mental tertentu seperti kemurungan, skizofrenia dan gangguan bipolar. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), daripada jumlah itu, kurang daripada separuh pesakit menerima rawatan yang diperlukan. WHO juga menganggarkan menjelang tahun 2020, penyakit mental dijangka mewakili 15 peratus daripada penyakit global.

Ia kini menjadi penyakit lazim dan statistik tahun 2008 menunjukkan kira-kira 400,227 pesakit mental di Malaysia mendapatkan bantuan psikiatri di hospital-hospital kerajaan. Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding 346,196 pesakit pada 2007.

Memandangkan masalah kesihatan mental kini menjadi sebahagian daripada cabaran era moden yang berlaku dalam masyarakat hari ini, maka pelbagai pihak perlu bersatu tenaga membantu menangani penyakit tersebut. Antara pihak yang boleh bekerjasama dalam perkara itu adalah Kementerian Kesihatan, majikan, pihak pengurusan universiti dan sekolah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kempen mencegah penyakit mental boleh dilakukan sepanjang tahun bukan sahaja di peringkat sekolah dan universiti, malah ia perlu melibatkan masyarakat yang tinggal di pedalaman, kampung, pinggir bandar mahupun bandar raya besar.

Di peringkat majikan sama ada sektor awam atau swasta, usaha mengesan kakitangan yang mempunyai masalah kesihatan mental, tekanan dan kemurungan perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Janganlah sekadar kita menunggu sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang jatuh pada bulan Oktober setiap tahun barulah kempen dan aktiviti kesihatan mental diadakan.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye dalam satu laporan Utusan Malaysia bertarikh 23 November 2009 menekankan betapa kakitangan yang mempunyai masalah kesihatan mental, tekanan dan kemurungan di tempat kerja perlu diberi rawatan segera oleh majikan.

Menurutnya, ia perlu dilakukan segera bagi menangani produktiviti golongan pekerja di negara ini, selain mengenal pasti pekerja yang mempunyai masalah berkenaan supaya rawatan dan kaunseling dapat diberikan segera.

Beliau mencadangkan majikan agar memperkenalkan Program Bantuan Untuk Pekerja yang berfungsi mengambil langkah-langkah pencegahan serta membantu pekerja yang menghadapi masalah berkaitan kesihatan mental, tekanan dan kemurungan.

Selain itu, seorang pakar psikiatri dari Toronto, Kanada, Dr. Ted Lo berkata, kurangnya pendidikan mengenai aspek gangguan mental menjadikan mereka yang menderita gangguan tersebut enggan mengakuinya.

Keengganan seseorang untuk dikaitkan dengan penyakit mental berpunca daripada stigma sosial dalam komuniti terhadap masalah berkenaan.

"Faktor persekitaran dan perspektif budaya yang negatif terhadap gangguan mental telah menghalang ramai pesakit mendapatkan bantuan yang sewajarnya," katanya.

Justeru, stigma dan prejudis masyarakat terhadap penyakit mental perlu dihapuskan bagi menggalakkan lebih ramai pesakit menemui pakar untuk mendapatkan rawatan.

Kesimpulannya, tragedi hitam yang berlaku melibatkan kehilangan nyawa, amukan dan perbuatan membunuh diri adalah peringatan pahit dalam kehidupan kita akibat daripada penyakit yang hakikatnya boleh dirawat. Langkah-langkah menanganinya sepatutnya tidak diabaikan dalam usaha kita mencapai tahap negara maju menjelang 2020.

~~~ come back ~~~

dah lama dah aku tak menulis dalam blog ini.kalau diikutkan tarikh terakhir aku menulis adalah 13 oktober tahun lepas. hari ni pun dah 13 january 2010..hahaha dah 3 bulan aku tak masuk blog ni, maklum ajer laa sibuk dan malas sentiasa menghantui hidup ni..hari ini merupakan minggu ketiga kehidupan aku di semester 2 tahun 3 ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal di UTHM ni...so, nothing special for this sem..and i hope thz sem akan ikut kejayaan 2 semester sebelum nii..opsss..cerite pasal result sem lepas yer..syukur sangat sebab aku dapat result yang baik gak...aku pun nak kongsi gak result aku sem lepas niiii...
static B+...solid1 A-...math 4 numerical A...thermodynamic2 C+....fluid 2 B-....lab5 A-....economic A... and my GPA result 3.44 n CGPA 3.18....ok ler tuu walaupun ramai mmber aku yang dapat dekan sem lepas...

dan sem ni pula aku register 18 kredit gak...solid2, design 1, heat transfer,lab6,industrial eng ,control eng,manufacturing,woksyop4....
sem ni memang subjek killer bnyak tapi harap2 dapat ler score waaupun buat mase ni aku duk pening not ready yet to study ..heheee...jadual sem ni teruk gak dengan kehidupan baru aku di tamna universiti ni yang stresssss sangat2...umah aku dah mcm water theme park dah...paip atas syiling bocor dan umah bnjir dah...hostel management office n contractor myb ade bnyak prob kene satel sbb penghuni kat sini bnyak perkara dah tak puas hati dengan life kat sini..tension jerrrrr....

cerita pasal sem ni gak aku baru jer habis join jd executive for southern cup debate ompetition (SCDC)...debat b.inggeris..walaupun tak fasih BI pn aku jd executive yang handel debat kat room 12..penat sangat2 kat sini..kena kesana kemari dan pastikan bawak speaker ke bilik dan sediakan ape yang patut...kena 2 sesi jaga masa...nasib baik tak ade prob sangat and the winner UIAM..congrat...31 january ni gak aku kena join engineering fest marathon kat bp mall...tapi yang ni aku malas lah pulak nk handel...tngoklah camane....

sekarang ni aku dah guna broadband maxis sbb hostel ni tak ade wireless..tension jer maxis ni slow sangat..tipu pnyer company...3 hari jer aku pakai laju yang lain cam setaraf ngn wireless..myb pas ni aku nk tukar ddengan celcom lak..harap2 tak kena tipu daa....laptop aku pn dah tambah ram 2G =rm165...ah laju daa laptop ni..n myb kena beli cooler pulak...

dan macam2 lg em ni..nnt aku update story kat sini...