Wednesday, January 14, 2009

january

january ni mungkin bulan permulaan bagi aku bagi sem 2 ni..dan bulan ni akan cover 4 minggu kuliah dan yang pasti 3 minggu yang berlalu ini akan penuh dengan suka dan duka . antaranya....

a) kelas auto cad yang memang aku tak minat dari dulu lagi..dah naik menyampah dah..lecturer duk fikir semua budak ni dah pandai ke,,,masuk kelas tak ajar pun pas tu "awak dah belajar kan, jadi buat latihan"..kalau dah belajar lebih baik transfer aje subjek ni..sengal..
b) statistic pun cam tu jugak.dialog yang camtu gak yang kena pakai....lepas tu budak ni dalam kelas duk gelak gelak dan dia marah pulak"awak jangan duk buat joke bodoh..saya dah 22 tahun mengajar"...
C) mekanik mesin tak faham sangat ape yang diajar...dia banyak ajar pasal teori je...
d) technical writing aku memang tak boleh nak tangkap sangat..lecturer datang dari brunei tu cakap punya hebat cam om puteh..sejam kelas dah macam lima tahun tunggu kelas nak habis..
E) TITAS pulak lagi sedih..cikgu sekolah rendah yang ajar..cara ajar pun cam sek rendah..yang sedihnya aku tak ingat yang malam ni ade titas..so terpaksa aku teringat hakikat yang aku kena ponteng malam ni..pergi kelas bagi lelaki kena pakai seluar longgar, pakai kasut, tied-in, on time..dan banyak lagi yang merapu...lagak dia memang hebat...
f) lecturer makmal 3 pulak excited nak jadi lecturer..lepas buat eks kena mengadap dia pas tu dia tanya soalan cam buat oral padahal oral lepas lab ni habis minggu kelima..dah memang kerja orang yang tak de kerja cam tu lah..
G) PTPTN tak masuk lagi ni..katanya minggu depan..aku dan nak pokai ni...
H) nak daftar amaln 4 tak dapat gara gara kerani academic office yang berlagak lebih dari pensyarah padahal pensyarah dah luluskan...

macam macam dah jadi semester ni dengan kebanyakannya pening kepala.................

Sunday, January 4, 2009

cinta dalam hati


Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku


Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku


Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

link kalau nak download lagu ni..

http://www.mediafire.com/?tiwmtmomyt5



new year celebration...

Baru nak berjinak-jinak jadi artis dah mula buat hal. Kemunculan pelakon baru yang tidak terkenal itu hanya mencemarkan nama artis.

Pelakon yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam pesta seks dan khayal di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam tahun baru 2009 lalu hanyalah seorang pelakon baru yang belum popular.

Tapi apabila disebut kerjaya sebagai pelakon, orang tak kisahlah pelakon lama atau pelakon baru, mereka tetap dinamakan sebagai pelakon.

Sebab itulah pengarah atau penerbit harus meneliti latar belakang seseorang yang beriya-iya nak jadi artis ni. Jangan pilih yang cantik dan seksi sahaja.

Pilih yang benar-benar mahu menonjolkan bakat, bukannya sekadar nak mintak laluan masuk atau nak glamor sahaja.

Kalau setakat nak glamor dan menjadikan tiket sebagai artis untuk mendapat perhatian, baik tak payah. Menyusahkan orang sahaja.

Lakonan belum terbukti, sosial pulak yang lebih. Belum sempat mencipta nama sebagai pelakon yang dikenali sudah terkantoi.

Orang ingat sampai bila-bila apa yang awak buat itu. Awak sendiri yang cuba tutup pintu rezeki yang baru nak dibuka itu.

Saturday, January 3, 2009

awal tahun...

aku duk menulis ni dah masuk 4 january 2008, pukul 03.17 am..duk kat hostel ni sorang sorang dalam bilik tak tahu nak buat apa..roomate aku tu dah dua malam tak balik bilik ..tak tahu pergi mana, mybe balik kampung kot...
apapun hari semalam aku ngan member pergi bp mall...lepaskan rasa keboringan, tengok manusia kat sana... duk bilik pun tak tahu nak buat apa...memang boring hidup ini... duk kat bilik sorang sorang je, makan sorang, tidur sorang dan semuanya sorang...
jika diikutkan semalam ada program bumi hijau kena perghi surau parit jelutong dan hari jumaat lepas pulak ada perjumpaan dengan NC tapi dua dua aku tak join,,, buang masa je..aku duk busy fikir benda lain lagi bagus,,,
hari jumaat jugak aku pergi hantar surat untuk apply masuk TDI dan dia janji myb next week resut kemasukan tu tahu..harap harap aku dapatlah... kuliah tak start lagi dan dapat tahu pulak duit ptptn lambat masuk sebab ada masalah teknikal kat sistem dan selewat lewatnya sebelum cuti mid semm.. kalo cam tu pokai lah aku...
harapnya perjalanan sem ni akan lebih cerah seperti yang diharapkan... aku kena sattle untuk subjek registration to make sure i have no problem after this...
caiyokkkkkkk...........